Begitulah juga dengan kita sebagai umat Islam. Masing-masing mempunyai aliran pemikiran yang pelbagai. Masing-masing juga mempunyai pendapat bermacam jenis. Masing-masing mempunyai 'tuan-tuan guru' yang sangat disanjungi, dihormati dan menjadi rujukan utama. Namun perkara-perkara ini sepatutnya bukanlah menjadi syarat untuk kita menghina-hinakan atau melabel-labelkan serta salah-menyalahkan di antara satu sama lain. Tetapi jadikanlah perbezaan pandangan itu sebagai satu pandangan alternatif yang mungkin boleh kita gunakan pada satu ketika nanti, di mana mungkin pandangan yang kita pegang tidak sesuai digunakan pada waktu itu tetapi pandangan yang sedikit berbeza dengan kita mungkin lebih sesuai digunakan pada ketika itu. Tapi ingin ditegaskan di sini ialah pandangan-pandangan yang ingin digunakan hendaklah tidak bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan juga as-Sunnah.
Di kala umat Islam 'disembelih' di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, sepatutnya perbalahan di dalam perbezaan pendapat selagi tidak bercanggah secara qat'ie atau tetap dan jelas dengan al-Quran dan Sunnah hendaklah diraikan dan dihormati. Hindari dan dielakkanlah perbalahan di dalam perkara khilaf kerana ia akan merugikan umat Islam keseluruhannya. Carilah titik pertemuan di antara satu sama lain agar umat Islam lebih terkehadapan berbanding kelompok bukan Islam. Realisasikanlah umat Islam sebagai umat yang TERPILIH dan terbaik.
Kesimpulannya jangan membuang masa dengan bergaduh di dalam perkara khilaf tetapi ambil dan gunakanlah masa yang ada untuk memperjuangkan Islam yang bersandarkan AL-QURAN dan SUNNAH supaya ia dapat diletakkan PADA TEMPATNYA. Mudah-mudahan kita diredhai dan dirahmati Allah di dunia, di barzakh dan di akhirat.
Muhammad Yazid Othman
5 Dzul Qa'Dah 1434 Hijrah
0 komen anda?:
Catat Ulasan