Seandainya Rosulullah s.a.w masih ada..
Apakah yang akan kita lakukan?
Adakah kita gembira?
Adakah kita suka?
Adakah kita akan lakukan maksiat di depan baginda?
Semua persoalan nya hanya kita dapat menjawab
marilah kita renungkan bersama artikel ini...
Andai ditakdirkan Allah, Rasulullah s.a.w masih lagi
hidup di ketika ini. Dan andainya baginda khabarkan
pada kita bahawa baginda akan datang berkunjung
kerumah kita. Apakah perasaan kita di waktu itu?
Andainya waktu kunjungan baginda telah pun tiba.
Bahkan baginda sudah pun berada di hadapan pintu rumah
kita dan salam pun sudah diberikan. Bagaimana perasaan
kita dengan kehadiran baginda?
Apakah kita merasa amat bertuah menerima tetamu yang
juga Kekasih Allah? Apakah hati kita akan begitu
terharu menerima salam dari seorang Rasul penyelamat
ummah? Apakah akan kita biarkan salam itu tidak
berjawab selama dua kali, lantaran mahu mendengar
suara baginda yang suci?
Atau…….apakah perasaan kita berkecamuk di waktu itu
dan kita mula menggelabah? Kerana kita baru
teringatkan himpunan majalah2 hiburan di sudut kaki
meja di ruang tamu rumah kita. Majalah yang kulit
mukanya penuh dengan aksi2 wanita dan lelaki yang
terbuka auratnya. Bagaimana kalau Nabi terpandang.
Tentu malu kita dibuatnya.
Kita juga teringat akan deretan dvd,blu-ray di sisi TV. Harus
kita sorokkan juga kerana hampir semua filem itu ,
tidak sesuai ditonton oleh umat seperti kita. Ada
filem2 yang berunsur lucah yang tersusun rapi di situ.
Kalaulah Nabi nanti bersuara, mana mahu kita sorokkan
muka. Apa alasan yang kita berikan jika nanti Nabi
bertanya?
Kita terpandang poster2 penyanyi wanita dan lelaki korea
yang seksi di belakang pintu. Apakah akan kita biarkan
ia tergantung di situ, sehingga nanti terpandang oleh
Nabi? Di bilik tidur pun masih banyak lagi yang kita
tampal kan. Apakah yang harus dijawab bila nanti Nabi
bertanya mengapa poster seperti itu yang kita puja?
Kita jadi semakin gawat bila teringatkan rak2 buku
yang kita letakkan di tepi dinding, hanya di penuhi
dengan novel2 cinta yang telah menjadi koleksi sekian
lama. Tak ada satu pun buku yanmg bercorak agama.
Malah Al Quran. Ya, dimana Al Quran yang pernah ibu
beri? Di mana kita simpan? Dan dimanakah
harus kita humbankan semua koleksi novel cinta yang
lebih kita sayangi daripada Al Quran Kalam Tuhan?
Perasaan kita semakin cemas, kerana ketika itu kita sedang melayari facebook teman lelaki atau wanita atau laman lucah atau laman hiburan artis.Sebelum baginda ternampak,baik aku block,unfriend,unlike. Paling koman,deactivate akaun. paling ganas,delete terus!! Asalkan baginda tak nampak..
Dan bila kita baru teringat
bahawa kita di waktu itu hanya berseluar pendek atau
kepala kita langsung tidak bertutup.Kaki tidak berstokin.
Kita mula masuk semula ke bilik. Semua almari kita buka
demi mencari sehelai tudung dan stokin
yang pernah dibeli suatu ketika dahulu. Di mana tudung dan stokin itu? Kita semakin gelabah. Tudung yang satu itu tidak kita jumpai. Takkan kita nak sambut Nabi dalam keadaan terbuka aurat?
Kita pun jadi kaget bila seluar panjang kita semua
masih berada di jemuran. Aduhh!! Hanya itu saja yang ada.
Itupun kita gunakan untuk ke kelas atau pejabat. Biasanya
kita hanya berseluar pendek. Kain pelikat. Kita mula
teringat. Tapi puas kita cari namum sehelai pun tidak
kita temui. Baru kita teringat. Selama ini tidak
pernah kita sembahyang.
Hati kita mula menduga-duga. Bagaimana nanti Ar Rasul
bertanya tentang sembahyang. Apa yang harus kita
jawab? Sudah berbelas tahun kita tak sujud pada tuhan.
Kalu ada pun hanya dua kali setahun iaitu pada hari
raya.
Ah! Terlalu banyak yang perlu kita lakukan hanya
untuk menyambut kedatangan seorang Kekasih Allah. Lalu
kita membuat keputusan untuk berdiam diri. Biarlah
salam Nabi tidak berjawab. Biarlah baginda berdiri
lama2 di depan pintu. Nanti bila dah penat tentu saja
baginda berlalu pergi. Biarlah Nabi tak datang rumah
sampai bila2. biarlah Nabi tidak datang berziarah. Dan
akhirnya Nabi pun pergi bila tiga salamnya tidak
bersambut.
Tapi nak dijadikan cerita pada ketika lain, sewaktu
kita sedang berjalan-jalan dengan seorang wanita yang
konon nya buah hati yang kita cintai. Sambil berjalan
bermesra-mesraan. Bergelak tawa, bergurau senda.
Tiba-tiba kita terserempak dengan Nabi Junjungan
Tuhan.
Lalu kita ditanya Nabi, siapakah perempuan yang berada
disisi. Apakah harus kita bohongi Rasul Tuhan dengan
mengatakan ia adalah isteri kita? Atau kita akan terus
menolak si wanita jauh ke tepi. Lantas kita terus
menghilangkan diri? Ataupun kita tanpa segan silu,
akan terus tersenyum pada Nabi, sambil tangan kita
memeluk erat si wanita yang berada di sisi?
Seadainya ditakdirkan Nabi masih hidup. Dan baginda
melihat umat yang namanya dibibir baginda sewaktu
baginda menghembuskan nafas terakhirnya, hidup dengan
jalan yang tidak selari dengan ajarannya. Baginda
bergadai nyawa untuk mempertahankan agama tuhan.
Baginda rela hidup dalan kelaparan demi kebaikan umat
akhir zaman. Tapi kini, umat yang baginda kasihi telah
menfitnah dan mendustakan diri baginda sendiri.
Tidak pernah baginda mengajar umatnya bermaksiat tapi
kini umat yang di kasihi lansung tidak menghargai diri
baginda. Pengorbanannya selama ini langsung tidak
dihargai. Dirinya langsung tidak diingati. Walau lidah
mengucap syahadat, tapi amal mereka penuh dengan
maksiat. Andainya Nabi masih ada, pasti bergenang air
mata suci baginda. Melihat umat yang ditinggalkan
terus leka dengan dunia.
Andainya Rasul masih ada. Bayangkanlah apa perilakumu,
bila ditakdirkan Nabi datang bertamu. Apakah engkau
akan bersikap hipokrit dihadapannya atau engkau terus
dengan perangai harianmu sehingga hancur hati baginda.
Itu baru Rasulullah..Malaikat Maut datang bertamu?
Andainya Rasul masih ada…………….
0 komen anda?:
Catat Ulasan