Nada dan Suara

...
1:29 PTG

Dhuha - kebenarannya dalam perniagaan

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu Perlindungannya perlindungan-Mu...
Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia sejahtera!

Dhuha. Apa kehebatan waktu yang indah ini? Menerusi pembacaan-pembacaan para sahabat,sungguh indah pengalaman mereka yang melaksanakan ibadah khusus ini. Tetapi kali ini dari pengalaman saya sebagai  penulis yang ingin  berkongsi bersama pembaca tegar dan pembaca berkala yang selalu tersekat kehadirannya melalui penelitian saya pada gajet yang merakam setiap keluar dan masuknya kamu di blog ini. Terima kasih saya ucapkan sudi membaca.. :)

Sungguh!!

Apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum dan selepas mengajar erti berusaha. Mungkin sebelum ini agak alpa dan kurang mempraktikkan waktu dhuha maka waktu ini sering berlalu kosong tanpa di manfaatkan sepenuhnya. Maka beruntunglah sesiapa yang memanfaatkan waktu ini. Pokoknya, pokok kelapa sawit  ibadat dhuha yang Allah kurniakan kepada setiap hambaNya janganlah kita pandang ringan. Ada kelebihan yang sangat rahsia di dalam rahsia di dalam dhuha. Waktu yang sepatutnya khusus kita serahkan diri kepada Allah untuk bersyukur. Bersyukur dalam konteks menerima apa saja ketentuan dan ketetapan selepas kita melaksanakan solat dhuha. Apa saja rezeki yang datang,itulah pemberianNya. Maka ni'mat Tuhan yang manakah kamu mahu dustakan?

Sakit itu ni'mat. Sabar pada kesakitan juga menambah ni'mat. Kesakitan yang datang dari Allah,kesakitan yang disebabkan dari manusia. Secara husnuzhon nya, Allah menggerakkan hati manusia yang lain untuk mendatangkan kesakitan kepada manusia yang lainnya. Itu pengertian ni'mat dan sabar dengan apa yang saya lalui. Maka bertabah dan bersabarlah!!  فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ "Fa sobrun jamil ^ wallahu Musta'aan".

Kebenarannya dari apa yang saya lalui..

Malam tadi jam 1.04 pagi,menerima sms dari nombor yang tidak di kenali ( 013-99***** ) bertanyakan beberapa soalan berkenaan pekerja asing. Sebelumnya saya memang selalu menguruskan hal ehwal berkaitan pekerja asing. Tapi kebelakangan ini kurang produktiviti kerana beberapa permasalahan dan karenah birokrasi yang melanda membuatkan saya agak tawar hati mahu meneruskan sehinggalah datang seorang hamba Allah ( semoga Allah memberkati kamu abg T*** ) memberikan semangat dan suntikan modal. Kembali pada sms berkenaan,ianya berterusan dengan beberapa panggilan yang di buat hamba Allah tersebut pagi ini dan akhirnya bersetuju dengan izin Allah untuk berjumpa dengan saya  untuk meneruskan lagi perbincangan esok hari. Semoga ianya berjalan lancar sebagaimana Allah hadirkan abg T*** sebagai rakan kongsi. Dalam dunia perniagaan,paling utama memberikan satu hujjah bukan sekadar air liur tetapi apa yang rakan kongsi boleh menerima dengan prospek yang kita tawarkan. Kaitannya dengan solat dhuha, jika ianya tidak menjadi kenyataan kita hendaklah berlapang dada. Rezeki yang Allah hendak kurniakan bukan datang dalam bentuk wang. Ianya mungkin datang dalam bentuk silatur-rohmi. Dari silatur-rohmi hadir kepercayaan dan seterusnya membina empayar. Insya Allah. Janganlah kalian berduka,laksakanlah solat dhuha dan jadikanlah amalan sehari-hari. 

Wahai Allah Aku Yakin dengan KekuasaanMu Rezeki yang Kau Kurniakan tidak semestinya dalam bentuk dinar atau dirham Setiap nafas dan nyawa yang ada dalam jasad ini juga adalah rezekiMu Maka rugilah yang teramat Jika manusia bakhil mengucapkan syukur
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
15 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah 

0 komen anda?:

Pengikut yang tidak taasub