Nada dan Suara

...
8:12 PG

Mufti Negeri Sembilan kena pecat?? -MalaysiaKini


Mufti Negeri Sembilan, Dato' Mohd Murtadza Ahmad yang kontraknya tamat semalam (31/12/2008) tidak akan disambung semula. Menurut maklumat dalaman yang di terima ini berikutan desas-desus yang sering diperkatakan kebelakangan ini tentang krisis beliau dengan Menteri Besar, Dato' seri Muhammad Hassan.

Akhbar dalam talian, Harakah Daily sebelum ini ada melapurkan tentang krisis diantara Mufti dan MB. Krisis ini disebabkan sikap tidak hormat MB terhadap Mufti dan Institusi Agama di negeri ini berikutan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan yang didakwa cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri.

p/s pakat pakat semua dengan ikhwan,berzikirlah maka hatimu menjadi tenang.
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9733&Itemid=98

15 komen anda?:

zali berkata...

ini bukan pasal politik atau konflik.

ini soal kontrak dah tamat...

murtadza boleh berehat meluangkan masa bersama keluarga pulak...kan baik tu.

daripada ada sorang tu yang dah letih sangat bekerja,berapa kali dah masuk hospital untuk kejayaan dap/pkr.

Pengasas berkata...

Assalamu 'alaikum,
Terima kasih atas kunjungan dan ucapan hari lahir. JazakumuLLAHU khairan kathiran. Kullu 'amin wa antum bi khairin.
Wassalam.

zali berkata...

teratak sitiawan?
kat mana ya?

apa kena mengena teratak sitiawan dengan awak?

bukan apa...saya selalu juga ke lekir batu 7 sebab kakak saya di sana.

mana tau kot boleh singgah minum kopi...boleh ke?

zali berkata...

hari lahir?

hari lahir blog ni ke pengasas nya?

kalau blog ni...kira ok sebab kemas,cantik dan menarik minat untuk membaca cuma di beberapa ruang kecil seperti di ruang vote tu...tulisannya tak berapa jelas.

paling istimewa...semua dalam bahasa malaysia + jawi sikit...isunya pun agak menarik...

tahniah dan terus menulis.

Ihya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ihya berkata...

Terima kasih kepada zali sebagai komen pertama.

Zali,
Bukan soal politik yang nak di kembangkan dalam hal mufti.Tetapi berkenaan kenapa Dato menteri Besar mahu ambil alih akaun kewangan Amanah Mufti Kerajaan N9? Selama ini majlis agama Islam negeri Sembilan (MAINS) amat berhati hati dengan perjalanan keluar masuk wang kedalam tabung amanah mufti untuk jalan syiar,mualaf,syariat dan sebagainya. Ditakuti perjalanan wang itu tidak akan "suci"lagi dengan di cemari oleh "tangan-tangan" politik. Pendapat peribadi saya,biarlah tabung itu bebas dari pengaruh politik. Saya rasa zali akan faham dengan sendiri bila "tangan" politik masuk campur dalam akaun amanah ini.

Ihya berkata...

waalaykumsalam Ustaz..

Tak seberapa sangat ucapan saya tu kalau nak di bandingkan ucapan ahli keluarga sendiri. Sekadar silaturrahmi..

Ihya berkata...

Kepada zali,

Boleh aje kalau nak minum kopi,kopi je ke? Nasi nasi takde? :)) sekadar meminjam kata-kata aziz sattar..

Teratak bermakna kawasan ataupun tanah pusaka bagi kami di negeri sembilan. Sitiawan bermaksud nama seorang penguasa atau Raja daerah di Johol,negeri sembilan yang pertama iaitu Almarhumah datuk puteri sitiawan 1,raja daerah johol yang pertama (1723 - 1747). Papan tanda yang zali lihat itu ialah pintu masuk ke teratak atau kediaman pusakanya. Mungkin ada kena mengena dengan sitiawan perak. wallahu a'lam.

Tentang hari lahir,

Itu adalah ucapan hari lahir saya kepada saudara "pengasa" yang memberi komen kepada saya. Dia seorang yang berilmu dan janganlah zali segan nak merujuk kepada dia. Terima kasih atas segala teguran zali ke atas blog saya ini. Bahagian vote tu tak boleh lagi nak ejas..kena tunggu tarikh tutup vote tu baru boleh ejas..

zali berkata...

saya tak tahu pasal tabung amanah mufti tu tapi kalau tabung tu mungkin akan dicemari tangan-tangan politik...

kena diawasi tu.

habis tu...sekarang ni tabung tu siapa yang handle?

berjaya ke Mohamad Hassan yang didakwa cuba mengambil alih pengurusan Akaun Amanah Mufti Kerajaan Negeri?

Ihya berkata...

Tidak berjaya..

bahkan ada cerita rahsia di dalam rahsia mengenai ini. Tunggulah nanti..insya Allah sampai masa zali akan tahu juga. saya tak mahu nanti dikatakan lebih sudu dari kuah..biarlah orang lain berkata dulu..

aliph berkata...

Saya percaya.. lebih banyak kebaikan jika kontrak mufti disambung kpd Syaikh Murtadza.
Kepimpinan beliau terserlah dgn trek rekod yang bagus di sepanjang mengetuai Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

zali berkata...

kan ramai lagi yang berkelayakan jadi mufti...

bagi la peluang...

Ihya berkata...

Zali..

Bukan soal peluang untuk siapa dan berkelayakan. Tapi soal cemerlang dan Dato Mufti memang cemerlang dalam bidang dia. Semua rakyat negeri sembilan sememangnya bersetuju dengan dia kecuali ahli maksiat dan ahli ajaran sesat.

~PakKaramu~ berkata...

Salam kunjung dari saya

Ihya berkata...

Terima kasih Ustaz atas ziarah ke blog saya yang tak seberapanya...

Pengikut yang tidak taasub