Nada dan Suara

...
1:37 PTG

Tahun Hijrah..Tahun Al Masih.. - MalaysiaKini

Assalamualaykum dan salam hormat..

Malam tadi,selepas jam 12.00 tengah malam atau yang betulnya selepas jam 12.00.01 saat maka tahun baru al masih menjelma dan bertukar menjadi 2009. Tiada apa yang istimewanya tahun baru ini. Apa yang pasti setiap kali tahun baru menjelma,dunia akan di sajikan oleh pertunjukkan bunga api yang berwarna-warni,persembahan kebudayaan dan tak kurang juga persembahan rempit dari mat-mat dan minah melayu kita yang berlumba hingga ke pagi. Ketika saya menulis ini,kedengaran mat rempit memuntahkan bunyi nyaring dari lubang ekzos motor mereka. Agaknya mereka tahu saya menulis tentang mereka lalu meraikan penulisan saya dengan bunyi itu..aha. Lawak tahun baru.

Tahun Hijrah 1430 menjelma pula selepas maghrib kelmarin. Tiada apa yang istimewa untuk di rai. Hanya doa awal tahun selepas doa akhir di baca sebelum maghrib 1429 hijriah. Umurku bertambah lagi pada tahun hijrah. Ianya menjadi 3+ something. Ahh!..Pedulikkan soal umur. Umur ni kalau difikirkan sangat,nak beribadat pun jadi takut. Maka berbahagialah pada mereka yang berumur sejak muda telah mula belajar beribadat. Tahun Hijriah juga telah membuka lembaran Awal tahun yang amat sedih. Hujanan BOM telah melanda saudara kita di palestine,lebih tepat lagi di bawah pemerintahan HAMAS. Allah!! Allah!! Allah!!...Kasihanilah saudaraku di palestine ini.
Wahai yahudi..andai kau datang ke tanah malayuwiyyah ini,kau takkan selamat wahai yahudi!! Percayalah..kau takkan selamat!!. Huh!.. emosi betul aku kali ini. Namapun perasaan. Daripada perasaan syahwat di lontar pada ratu cantik yang berderet di melaka,lebih baik di lontar nafsu sedih ini pada Allah. Mengadulah padaNya.Menangislah padaNya. Dia akan Dengar.Percayalah!! Lambat atau cepat saja.

Juga kesempatan ini saya tujukan dengan ikhlas kepada sesiapa yang mengenali diri ini,maafkan kesalahan saya ketika 1429 hijriah dahulu. Manalah tahu jika ada yang menyimpan dendam atau marah pada saya dalam hati..maka maafkanlah. Juga pada mereka yang berkahwin pada tahun baru ini; hijriah dan al masih maka semoga mendapat zuriat yang bagus akhlaknya. Bukan apa..malam tadi,penangan tahun baru al masih,remaja kita banyak yang membuktikan cinta sehingga ke rumah sewa,hotel 12345 bintang dan yang beribu bintang beratapkan semak samun.

Tak percaya?? Hari ini 1 januari,cukup 9 bulan 10 hari maka akan keluar di dada akhbar. "BAYI BARU DILAHIRKAN DITINGGALKAN DI TANGGA MASJID" atau "BAYI DI TEMUI MATI DI DALAM LONGKANG"...Tunggulah dan lihatlah..

p/s TABIK SPRING SAYA BUAT URUSETIA LANDAS!! SEMOGA ALLAH MEMBANTU KAMU DALAM AMAL MAARUF NAHI MUNKAR!!

4 komen anda?:

zali berkata...

memang tak dapat di nafikan...di akhir artikel tu tentang salahlaku remaja yang kian melampau...

ramai ibubapa yang anaknya tahun 6 ke bawah mengeluh..."macammana la nanti dizaman anak saya remaja nanti..."

dalam masa yang sama tiada kekangan dibuat...apa anak nak buat...semua bagi...bila anak naik lemak manja?

kalau lah dapat ibubapa mendidik anak sebagaimana orang dulu mendidik anak...mungkin terlerai sedikit kekusutan.

ibubapa terlalu mengejar dunia...nak kaya nak harta...tanggungjawab diabaikan...anak-anak?

apalagi...shuffle sambil tonggang arak la.

jadi bagaimana dan apakah tindakan kita menangani masalah ni?

Ihya berkata...

saudara zali,

HUDUD lah jawapannya. tiada kompromi antara PAS atau UMNO. Maka insya Allah selamat...

zali berkata...

hudud?

saya pun rasa begitu...hukuman dan pencegahan serentak.

tapi bayangkan betapa ramainya remaja yang tak ada anunya pada awal perlaksanaan hudud nanti...

Ihya berkata...

Hudud tidak sezalim begitu sebenarnya...

Masalahnya media yang memporak perandakan kebaikan Hudud ini. di tambah pula caca marba orang politik..lagilah haru. Hang masuk www.siyasahsyariyah.blogspot.com .

Tanyalah pada orang yang lebih aula. Insya Allah..akan datang hidayah.

Pengikut yang tidak taasub