Nada dan Suara

...
8:10 PTG

Baik dan Buruk dari Allah S.W.T


Assalamualaykum warohmatullah..

Alhamdulillah..Segala Puji bagiNya..Tiada Sekutu bagiNya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang mendoakan kesihatan saya yang agak teruk dalam minggu ini. Dari demam membawa ke gastrik. Syukur pada Allah,terima kasih wahai doktor kerana tanpa pembedahan,saya di sahkan sihat. Cuma "hadiah"doktor kepada pesakit ini yang tak sanggup saya menelannya. Sabar sajalah..Padan muka saya.Doktor dah pesan,lagi sekali makan tidak mengikut jadual,maka....

14 komen anda?:

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam,
Maafkan saya kerana lama tak berkunjung. Namun, saya mendoakan semoga anda dalam kurniaan Allah.
Petang tadi, saya dapat call dari HBKL bahawa saya perlu masuk wad pada 7 Jan. 2009 dan operate batu karang pada 9 Jan.
Semoga kita sama-sama dalam rahmat Allah.
Wassalam.

Ihya berkata...

Wsalam Ustaz..

Semua yang berlaku bak kata ustaz adalah kifarah di atas dosa-dosa kita terdahulu..

Insya Allah,doa saya pada ustaz tidak pernah putus walaupun kita tidak pernah bersua wajah tapi saya menganggap ustaz sebagai ayah dalam beberapa perkara. Syafakallah ya ustazi!!

perunding berkata...

ihya jelaskan kpd siasah tentang tokbatinsenoi.

jgn biarkan kalau saudara mampu.

cegah sebelum parah dan merebak.

Ihya berkata...

Insya Allah..
Saya cuba sedaya upaya..
Ikhlas saya cakap..saya tidak berani nak hukum orang lain sesat. Tapi kita boleh kaji sesatnya seseorang tu berdasarkan alquran,hadis,ijtimak ulama serta qias..sepertimana wali sembilan mengatakan kepada syeh siti jenar bahawa dia sudah terkeluar dari akidah ahlul sunnah wal jamaah.

zali berkata...

perunding dan ihya...

janganlah di pelikkan sangat tentang tok batin senoi tu...

cuma selama ni bab tasauf/sufi/hakikat ni guna cara tradisional...mengajar di rumah dan tiada kelas-kelas khas seperti syariat diajarkan.

bilamana diblogkan...ramai yang tak tahu,terkejut dan terus kata...sesat.

jawi dan jakim sebenarnya nak sekat pun tak boleh bab tasauf/sufi/hakikat ni sebab bab ni memang ada dalam islam dan ramai bijakpandai di jawi/jakim tu sendiri yang cukup arif dalam bab ini.

ini bukan ajaran baru...bab ini telah ada sekian lamanya cuma dakyah jahat yang mengatakan tak boleh belajar hakikat...nanti jadi gila,menyebabkan orang islam menjauhkan diri dari ilmu islam itu sendiri.

perkara pertama yang di tanya oleh jakim dalam soal ajaran sesat ialah...sumber ilmu.

sila lah berhubung dengan jakim untuk keterangan lanjut.

Ihya berkata...

zali,

saya sendiri faham tentang syarah tok batin senoi tapi orang lain bagaimana? Macam kitab Al-Hikam,tidak boleh sembarangan di syarahkan..ada syarah untuk umum dan ada juga syarah khusus. Tok batin senoi seeloknya memanggil sesiapa yang ingin belajar dengannya dengan cara berdepan,bukan dengan cara sebegini..ia jadi bingung bila di baca orang awam. Lebih afdal kalau tok batin senoi buka kelas di rumah,lebih mulia jika berdepan,menatap muka to' guru. Di takuti ilmu sebegini jika di baca oleh orang awam,jadi bahaya. belajar ilmu tanpa guru bukankah bahaya? Syaitan yang akan jadi guru.

Ihya berkata...

Belajar secara halaqah adalah terbaik..

zali berkata...

ada belajar kitab hikam?
ini sudah bagus...sambil minum kopi pekena nasi lemak dah boleh ulangkaji ni...

saya memang bersetuju sekali supaya ikut cara tradisional tetapi setelah meneliti satu bab ke satu bab sejak 6 bulan lalu...

tbs hanya membuka topik bab mengenal allah sahaja...dia langsung tidak mengajar...tiada amalan atau ritual yang perlu di ikuti atau di ajarkan...dia cuma membuka penerangan, perbincangan atau perdebatan sahaja.

tapi dia pun dah slow dah bila banyak tekanan...posting terbaru cuma berkisar tentang topik 'al quran yang di letak di rumah ibadat non muslim'

Ihya berkata...

Dia tak boleh slow dalam bab ilmu seperti ini. Cuma dia sepatutnya mengajar secara realiti,bukan maya. Internet ni tiada tapisan,kena bebudak hingusan masuk blog dia,tak ke haru? Apapun sistem halaqah tetap terbaik..

Saya petik kata-kata TBS, "kucari-cari wajah Allah,tapi hanya ku jumpa wajahku yang nyata" lebih kurang gitulah bunyinya. Bagi saya ayat itu betul,tiada cacat cela. Bahkan ayat itu membawa diri ke arah fana. ada lagi satu kalau tak silap semasa dia bertawaf di multazam dia berdoa agar Allah hancurkan hartanya,keluarganya dan sebagainya kalau semua itu menganggu khusyuknya pada Allah..

Jadi,semasa saya menulis tentang dia ini,saya try masuk link blog dia,hairan..dia dah padam ke blognya zali?

perunding berkata...

ihya cuba tanya dia soalan simple,
solat ke tidak?
saya tak mengatakan sufi,tasauf itu salah.
saya merujuk kepada empunye blog specifically.
saya belum mengatakan sesat.
saya kata meragui.
contoh.
produk baru ini (mee segera)tiada label halal Jakim.
jadi saya ragui nya biarpun ia tak semesti nya tak halal.

sesuatu itu halal sehingga dibuktikan haram,tetapi jakim ada untuk mengesahkan kehalalan.

Ihya berkata...

Salam perunding,

Nak tanya macammana? Dia pun ntah ke hutan mana dia masuk. Blog dia pun dah lesap dihilangkannya. Banyak tekanan kot pada dia..

Pada pendapat peribadi saya,yang tk memenangkan sesiapa,tokbatin senoi ni ok. Cuma kata-kata dia banyak menimbulkan kekeliruan pada blogger2 baru di siasah. Saya pernah jumpa "spesis" yang jauh lagi aneh dari tbs ni. Dibawa insan ini mengadap mufti. Setiap patah perkataannya di dengar oleh tuan mufti. Apa kata tuan mufti? "Dia tidak gila atau sewel,cuma dia hanya zouk saja" Bukan zouk kafe ya!! huhu.

zali berkata...

ya...blog tbs dah lesap ketiga-tiganya sekali...tak tau apa jadi.

ya betul kata ihya...yang lebih gila dari ni pun ada...

apa pun...ilmu tanpa amal dan amal tanpa ilmu tu dua-dua tak boleh pakai.

berilmu dan beramal...baru teguh peribadi muslim.

Azizahns berkata...

Assaalamualaikum...

saya tumpang lalu je di sini.

TokBatinSenoi berkata...

Salam Sdr,
Saya pernah menuntut belajar AlQURan dengan saorang guru, Allahyarham Tuan Hj. Isa bin Lebai Abd Rahamn, pada tahun 1963. ketika itu saya masih form 2.

Allahyarham pernah berlajar dan menahun (bermustautin) di Mekah. Cara beliau mengajar sangat berhikmah. Beliau menghadapi saya selama sebulan, sementara saya membaca ayat2 Alquran didepan beliau, yang mana saya telah tamat membaca Alquran dalam masa sebulan jer. Yang anihnya beliau tidak mementingkan tajwid, dengang dengung dan denging. Beliau cuma menasihati saya agar membaca Alquran secara menyelidikinya dengan mendalam dan meneliti pengertiannya dan ilmunya, bukan secara angguk2, geling2.. macam burung terkukur. Inilah sifat orang yang berilmu. 'KITA BUKAN ORANG ARAB' katanya. Disini dititik beratkan berlajar nahu, balaghah, mantik, bayan, qias.. dan pengertian senikata Arab.

Sekarang kita perhatikan guru Alquran lebih mementingkan tajwid, dengeng2.. seolah2 kita disuruh menjadi dan menukarkan diri kita kepada orang Arab. cis .. cis.. Jadi orang Islam diajar untuk menjadi burung kakaktua sepenuh masa. Begitulah ilmu2 yang dituntut olih para2 murid disekolah2 Tahfiz., yang hanya mampu menghafal 30 puluh juzu' AlQuran jer, bukan ilmu Alquran yang sebenar. Guru2 Alquran sebenarnya tidak membuka minda pelajar2, tetapi menutup minda perlajar2 dengan taboo dan tahyul2 yang merugikan umat Islam.

teruskan sdr... Berus gigi kita sampai berkilat.

Pengikut yang tidak taasub