
dipetik dari Malaysiakini.com
Oct 20, 08 1:28pm
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.
Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.
Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.
Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.
Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis. Al-Fatihah kepada beliau.
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim SEORANG ahli hikmah berkata : Sifat orang yang mengenali Allah ada enam : 1). Jika ia ingat kepada Allah ...
-
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna); Al...
-
سبهان الله،چنتيقڽ ڤمنداڠن يڠ داڤت راكم ڤد ڤاڬي هاري د سواتو كاوسن لاڬيندا د دايره جوهول.
-
Ada sahabat saya kata,semalam dari tarikh hari ini adalah hari ibu. Ada yang kata hari ini pula jatuh tarikh hari ibu. Saya pula kata pada k...
-
1- Cerita olok - olok tanpa ubah suai: Suatu hari di pagi raya di rumah terbuka MB Kelantan.. “Tok guru, HINDRAF datang ramai sekali bising ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Maaf..sebab agak lama juga saya tidak update blog ini sehingga sahabat saya di dalam islam,saudara zam...
-
"Hai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." ( At Tahrim-8 ) Perintah segera berta...
-
Salam Hormat.. Pada Pendapat dan pandangan saya,keputusan pilihanraya kecil yang berlangsung di tiga tempat akan memberikan satu impak besar...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Segala Puji bagi Allah,Tuhan seluas alam. Solawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw,serta ahli k...
Copy dan save di blog sendiri tanda anda seorang mujahideen!!
Pengunjung Terkini
Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa di beri rezeki
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
...
10:25 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 komen anda?:
Catat Ulasan