dipetik dari Malaysiakini.com
Oct 20, 08 1:28pm
Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya, menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya.
Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia minggu lepas, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur selepas Asar.
Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.
Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.
Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.
Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.
Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.
Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.
Setelah pulang ke tanah air, beliau menghabiskan sisa kehidupannya atas stigma sebagai seorang bekas komunis. Al-Fatihah kepada beliau.
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai Ahmad Nasir memegang surat saman diir...
-
assalamualaikum... ..Dah lama saya tidak menjenguk blog ini. Hari ini saya ada kesempatan untuk menulis sebentar. Baru baru ni saya baru pul...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Begitu lamanya s aya tidak meng "update" di dalam blog ini. Begitu banyak yang bertanyakan men...
-
Kemenangan Tunggal Pas di Negeri Sembilan. Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni dalam keadaan demam Allah telah memberi kekuatan pada...
-
Ubah Cara Hidup! Ubah Gaya Hidup! June 16, 2008 at 9:46 am · Ni surat yang nak di hantar kat PM kita. B...
-
Salam para blogers dan para pembaca. Saya tahu,banyak ahli politik sekarang agak pening dan mudah meluat melihat situasi politik yang ntah s...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
...
10:25 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen anda?:
Catat Ulasan