Nada dan Suara

...
11:08 PG

Dato mufti perlis tuju pantun pada siapa ya?

Salam para bloggers dan para pembaca..

saya amat tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan dan berlatarbelakangkan warna biru putih,kompleks pentadbiran putrajaya di laman webnya, klik sini -->drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini?




Sekali imbas memang pantun ini jelas ditujukan pada pemimpin negara yang menyelewengkan harta negara, hidup dalam penuh kenewahan dan menggunakan kuasa politik demi kepentingan peribadi.
Natijahnya, apabila pemimpin berbuat demikian, maka rakyat menjadi marah. Pemimpin mengumpulkan harta, yang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan rakyat bawahan semakin menderita dengan tekanan hidup yang semakin mendesak.
Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.
Akibat keadaan ekonomi , sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur....UndurLAH!
Justeru, pengunduran pemimpin perlulah digantikan denga orang baru. Namun, sudah semestinya rakyat mahu melihat pengganti yang lebih baik dan lebih berkredibiliti.
Memang betul dua baris terakhir pantun di atas. Kalau mahu dicari pengganti kepimpinan negara, maka perlu dicari yang berbudi tinggi dan boleh diterima sekalian rakyat.
Begitu juga, pengganti baru ini bukannya dari kalangan mereka yang setara atau lebih teruk dari yang sedia ada.... Betul tu BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI!

3 komen anda?:

Pendidikan berkata...

Salam Dzul,
Selamat berpuasa semoga semakin kukuh taqwa kepada ALLAH.
Perjuangan kita semakin besar dan mencabar. Dengan puasa kita dapat terus sabar tetapi kental.
Salam.

Ihya berkata...

Wsalam ustaz,
Syukran atas segala nasihat dan tujuk ajar selama kita kenal melalui alam maya. Semoga Allah melimpahi rahmatNya ke atas keluarga ustaz.ameen.

abe MIE berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

perompak? pencuri?

bukannya kerajaan katak?anwar yahudi punya ke?

Pengikut yang tidak taasub