Salam para bloggers serta pembaca yang di rahmati Allah..
Dahsyat sungguh fitnah masakini...bercakap negatif tentang ketuanan melayu pun kena bertaubat juga ke???
Baru-baru ini,pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menuntut Senator Datuk Zaid Ibrahim bertaubat kerana menyifatkan model ketuanan Melayu telah gagal dan mengakibatkan pembaziran sumber, tenaga dan masa.
"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," Bernama memetik kata dua Shahidan.
Shahidan berkata, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.
"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Shahidan mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu.
Baru-baru ini Zaid menyifatkan konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.
Beliau berkata, ia juga telah dipesongkan daripada isu sebenar yang dihadapi negara.
Zaid turut mengkritik dasar yang berasaskan kaum walaupun beliau ahli Umno. sumber harakah Pendapat saya pula tentang artikel ini,bangsa melayu sebenarnya sudah berada di tahap sangat kritikal serta perlu revolusi untuk penambah baikkan. Begitu teruknya pemikiran Dato Seri Shahidan Kasim sehingga mengeluarkan kenyataan sebegini rupa? Menuntut seorang hamba Allah untuk keluar dari rumpun bangsa melayu dan bertaubat? Pemikiran apa ini? DSSK seakan menganggap Islam itu hanya milik orang melayu sahaja? Mana ada taarif taubat dalam bangsa melayu?? Yang ada hanya taubat didalam Islam sahaja.
Umum kena memahami akan sejarah. Sudah berkali-kali Rasul s.a.w ingatkan dalam hadis dan sabdanya serta Firman Allah s.w.t. Bangsa tidak akan kemana tanpa ada agama dalam sesuatu bangsa itu. Kerana agamalah (Islam),arab jadi kuat,melayu jadi hebat. Mulianya Islam disisi umat Muhammad s.a.w, maka bertudung wajib dan tutup auratlah perempuan-perempuan melayu di malaysia ini. Kerana hikmah Islamlah..kita semua lelaki dan perempuan bersunat (khatan). Adakah kita bersunat kerana kita melayu?? Kenapa bila seseorang yang non melayu bila mahu memeluk Islam,ianya dikatakan mahu masuk melayu (memeluk melayu?).
Eh..sudah-sudahlah dengan pemahaman begini. Teruk kita kena nanti pada Hari Anugerah nanti..
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
Ketika aku bukan dalam momentum berlari. Hidup ini biasa-biasa sahaja. Juga hari ini,aku seperti biasa. Tidak seperti dahulunya. Ak...
-
Bismillah arRohman arRohim Aku sebenarnya bukanlah seorang penulis lirik. Juga bukan pencipta lagu. Aku dan keluargaku sangat meminati se...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Mereka punya mulut,biarkan mereka berkata.. Situasi hari ini di premis ku. Sedang melayan pelanggan yang menjual hasil ladang. Pekerja ku ya...
-
Anggota polis akui pakai serban merupakan ciri-ciri lebai Ahmad Nasir memegang surat saman diir...
-
Assalamualaikum Warhmatullah.. Saya sebagai wakil daripada keluarga Almarhum Hj Bujal Dan Isterinya Hajjah Milah ingin menjemput tuan-tuan ...
-
Salam para bloggers dan para pembaca.. saya amat tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidi...
-
Email dari seorang sahabat dan minta dikongsi dengan semua pembaca... harap dapat sebarkan untuk dikongsi dan dihayati bersama... Semalam R...
-
Yayyy!! Abang handsome nak keluar dan di bebaskan!! Nampak tak permainan dia?.. Bersyukurlah malaysia aman!.. Kah kah kah!
-
Salam para blogers dan para pembaca. Saya tahu,banyak ahli politik sekarang agak pening dan mudah meluat melihat situasi politik yang ntah s...
Pengunjung Terkini
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Nada dan Suara
...
3:00 PTG
Pautan: islam, islam hadhari, ketuanan melayu, melayu, murtad
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 komen anda?:
Aslkm,
Maksudnya Zaid tu 'murtad Melayu' le ya? Auh... fening... fening...
Betul la... apabila bangsa dianggap macam agama.
wsalam..
Betul..bekas menteri tu suh zaid ibrahim murtad melayu..huhuhu..apo punyo statement la..
Catat Ulasan