Nada dan Suara

...
Memaparkan catatan dengan label YB Hj Taufek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YB Hj Taufek. Papar semua catatan
8:48 PTG

Orang hilang di jumpai semula.



Au chung Ming,begitulah nama bagi lelaki istimewa ini. Kehilangannya amat mengemparkan seluruh ahli keluarganya.Tahniah kepada mereka yang telah menjumpai lelaki istimewa ini. Juga Tahniah buat abg aji kita, YB Hj Taufek dari Dun Paroi kerana bersama-sama pada hari itu. Untuk pengetahuan semua, Yb Hj Taufek adalah antara tenaga sukarelawan Kijang Care iaitu satu pertubuhan NGO yang di asaskan oleh Dato Hj Husam Musa yang berjaya membawa balik kembali Adik Norazreen yang di larikan oleh seorang pemuda indonesia ke Lombok Timur,Indonesia.

11:31 PTG

Anak Tunggal PAS di negeri Sembilan


Kemenangan Tunggal Pas di Negeri Sembilan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni dalam keadaan demam Allah telah memberi kekuatan pada saya untuk upload video ni di blog saya ini. Saya sebenarnya tak berapa faham cara nak edit video. Namanya pun belajar jadi saya kena belajar untuk memastikan video ini dapat menjadi tatapan umum,tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Yb Hj Taufek adalah seorang pemuda yang sangat kuat bekerja untuk parti,jadi tidak hairanlah Allah beri kemenangan padanya melalui undi orang melayu,cina dan india. Semoga Allah menetapkan kemenangan ini dan memberi lagi kemenangan kepada PAS di kawasan lain di negeri sembilan,insya Allah.

Pengikut yang tidak taasub