Nada dan Suara

...
Memaparkan catatan dengan label jihad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jihad. Papar semua catatan
6:55 PTG

Keistimewaan Umat Islam Yang Bersujud.

Bersujud dan keistimewaannya

Sewaktu bersujud,kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati akan hajat kita itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya ketika solat bersendirian.
Sabda Rasul s.a.w :- "Suasana yang paling hampir antara sesorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya". Solat sunat Dhuha di tepi pantai (sumber dari hewiperkepis.blogspot.com)



Banyak doa yang di amalkan Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. " Ya Allah,tambahkan bagiku rezeki yang banyak lagi halal,iman yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah didunia dan di akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa didalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah di sebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab Baginda : "Tidakah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam warnanya,sedangkan didalamnya pula terdapat seekor kuda putih bersih,maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat menjawab : " Bahkan!" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (didunia),segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudu'!!!"

Keistimewaan sujud

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :- "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki,Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah,lalu mereka di keluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (didahi mereka),dimana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu,lalu mereka pun keluar dari neraka,maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka (nauzubillah) selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang ber gambar sumber dari www.drkadir.blogspot.com

sujud.Ada beberapa jenis manusia selama hidup saya melihat tentang perihal kesan-kesan solat.Ada yang tiada kesan kerana dia bersolat dengan sujud yang tidak lama.Ada yang kesannya kelihatan ketika dia mengerutkan dahi (biasanya orang ini bersujud dengan meletakkan kain untuk mengalas dahi) Ada yang bertanda hitam di dahi kerana memang dia ahli solat dan sujudnya yang panjang dan ada sejenis lagi,sengaja menghitamkan dahi (semacam menghitamkan rambut bukan untuk tujuan jihad)dengan cara menggeselkan dahinya atau menghantuk atau melukakan agar dilihat seakan-akan orang yang kuat solat serta sujudnya. Jauhilah perbuatan yang akhir. Apapun yang penting sekali bukanlah kerana kesan solat di dahi itu pengukur segala amalnya. Cuma disini saya ingin menguatkan betapa kesan sujud di dahi itu sepertimana sabda Rasulullah s.a.w .Akhir kata,Orang yang sujud mendapat keistimewaanNya apatah lagi didalam sujud itu kita berlama-lama dalam berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

11:31 PTG

Anak Tunggal PAS di negeri Sembilan


Kemenangan Tunggal Pas di Negeri Sembilan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,hari ni dalam keadaan demam Allah telah memberi kekuatan pada saya untuk upload video ni di blog saya ini. Saya sebenarnya tak berapa faham cara nak edit video. Namanya pun belajar jadi saya kena belajar untuk memastikan video ini dapat menjadi tatapan umum,tiada apa yang mustahil dalam dunia ini. Yb Hj Taufek adalah seorang pemuda yang sangat kuat bekerja untuk parti,jadi tidak hairanlah Allah beri kemenangan padanya melalui undi orang melayu,cina dan india. Semoga Allah menetapkan kemenangan ini dan memberi lagi kemenangan kepada PAS di kawasan lain di negeri sembilan,insya Allah.

11:49 PTG



Serangan mujahideen chechen ke atas tentera russia laknatullah adalah satu serangan yang amat berani dan mulia. Para mujahid tidak kenal erti takut demi menegakkan negara islam yang berdaulat. Semoga Allah memberikan pertolongan sebagaimana pertolongan Allah pada perang badar,insya Allah. Serangan bermula dengan 7 orang mujahidin telah bersepakat untuk misi menjahanamkan post kawalan tentera russia laknatullah. Para mujahid menggunakan helah dengan menaiki van penumpang dan dengan nekad terus menyerang tentera russia yang sedang alpa. Perhatikan seorang musuh Allah telah mati pada permulaan serangan. Juga kelihatan pos kawalan tentera yang hancur di ranapkan oleh muntahan peluru mujahidin. Perhatikan apabila mereka memilih kenyataan; apabila mereka memeriksa mayat tentera kafir lalu komander mujahidin lantas menyeru kepada mujahid untuk menruskan serangan. Perhatikan mereka memuntahkan peluru dengan penuh semangat di sertai kalimah 'Allahu Akbar'.

Pengikut yang tidak taasub