Seorang wanita (ada riwayat mengatakan wanita Yahudi) jatuh hati kepada seorang lelaki warak. Ia menggoda lelaki tersebut dengan berbagai cara, tetapi tidak mendapat sebarang sambutan. Akhirnya, wanita itu membuat aduan kepada mahkamah dengan mengatakan lelaki tersebut telah melakukan zina dengannya.
Semasa perbicaraan, wanita itu mengemukakan bukti sehelai kain yang masih lembab kesan air mani lelaki yang dimaksudkan. Namun, lelaki itu tetap tidak mengaku. Ringkasnya, mahkamah telah mendapati sabit kesalahan dan mengenakan hukuman had ke atas lelaki yang didakwa itu. Tetapi, sebelum dilaksanakan hukuman, lelaki tersebut dibenarkan pulang ke rumah menemui keluarga.
Semasa pulang lelaki itu bertemu dengan Saidina 'Ali dan menceritakan apa yang menimpa dirinya. Lalu Saidina 'Ali mengajak lelaki itu berbalik ke mahkamah dan mohon ulang-bicara. Dalam perbicaraan kali ini, Saidina 'Ali telah meminta kain yang dijadikan barang bukti dan seperiuk air panas. Saidina 'Ali mencelupkan kain itu ke dalam air panas dan mengangkat semula. Didapati beberapa ketul benda puntih pada kain tersebut. Saidina 'Ali berkata: Yang berketul-ketul ini berasal dari putih telur dan bukan air mani. Jika air mani, apabila kena air panas, maka ia akan hilang.
Dipendekkan cerita, mahkamah meminda keputusan asal kepada hukuman tidak bersalah. Wanita tersebut dibicarakan dan didapati bersalah kerana membuat aduan palsu dan tuduhan zina (qazaf).
Dari peristiwa ini lahirlah kata-kata: لولا علي لهلك عمر Maksudnya: "Jika tiada 'Ali maka binasalah 'Umar". Kerana kes ini berlaku di zaman khalifah 'Umar b. al-Khattab.
Fikir-fikirkan lah!!!
What you give,forget it. What you get,never forget it. Ya Muntaqim..
Catatan Popular
-
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'I...
-
Asalamualaikum. Agak lama saya tidak update sesuatu di sini. Dengan kesibukan kerja, mencari ketenangan, dengan kehadiran ahli keluarga bar...
-
Pada suatu hari sedang Imam Shafie r.a memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta ...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jum’at, Maka bersegeralah kamu kepada menging...
-
"Hai orang-orang yang beriman,bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." ( At Tahrim-8 ) Perintah segera berta...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Pagi ini aku merafakkan rasa syukur kepada Allah swt. Kerana Dia masih memberikan aku peluang untuk terus men...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Hari ini,Maxis antara yang terawal mengucapkan selamat hari lahir. Kapitalis ini sudi menyedekahkan pangg...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim "Kegagalan seseorang dalam menyedari matlamat hidupnya yang sebenar hanya merosakkan jiwa,fikiran dan t...
-
Hari tu kecoh pasai Ngah Kor Ming baca ayat suci Al-Qur'an... semua pro Kerajaan melenting... dasat..! Pak Mufti pun marah, "orang...
-
Bismillah ar Rohman ar Rohim Segala Puji bagi Allah,Tuhan seluas alam. Solawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw,serta ahli k...
Copy dan save di blog sendiri tanda anda seorang mujahideen!!
Pengunjung Terkini
Sesungguhnya mereka yang syahid itu tidak mati bahkan sentiasa di beri rezeki
Pautan Lain
- Alim Ulama Kito
- Anak Muda Zaman Sekarang,Lihatlah!!
- Assalamualaikum dato' harimau
- Bang Aji Taufik, Adun Paroi
- Belajarlah silat selagi ada nyawa
- Berita Politik Islam Malaysia
- Cina Islam
- Debat Politik
- Genta Rasa
- Ini Jalanku....
- Lobai Kampung
- Mantan Mufti N9
- Mujahideen Chechnya
- Pas Dun Johol
- Rahsia Besar Sejarah Empayar Siam/Melayu Islam
- Sham sufi
- Siyasah Syariyah
- Syeh Sambal
- Tak tahan panas,jangan klik sini..
- The blog of Alexanderwathern
- Untuk Hari Esok
- Ustaz Zaharuddin
- Wartawan melayu mengupas sejarah
Blog Archive
Nada dan Suara
...
Memaparkan catatan dengan label qazaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label qazaf. Papar semua catatan
12:38 PG
Pautan: fitnah, penipuan, qazaf, saidina ali, saidina umar, tipudaya
Langgan:
Catatan (Atom)

