Nada dan Suara

...
6:52 PTG

Takdir Allah telah menentukan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini telah berlaku peristiwa yang agak mengemparkan bagi diri saya. Ianya berlaku di depan mata saya dan Maha suci Allah, Allah telah menetapkan yang terbaik buat saya serta keluarga. Mungkin doa dari para sahabat handai serta anak isteri,pakcik saya selamat dari panggilan maut.
Kisahnya bermula pada pagi tadi apabila pakcik saya ini telah datang berjumpa untuk meminta bantuan kerana lori 2 tan miliknya mengalami kerosakan pada bahagian enjin dan perlukan bantuan saya untuk menarik lori tersebut lalu di hidupkan dengan cara memasukkan gear. Agaknya kisah dah tersurat,saya menarik lori itu dengan menggunakan rantai besi dan memulakan tarikan dengan cara tarik mengundur di bahagian belakang lori tersebut. Saya tidak terdengar jeritan dari pakcik meminta jangan di tarik lagi kerana bunyi enjin kenderaan yang saya gunakan untuk menarik agar kasar bunyinya. Depan mata saya sendiri lori itu pun "srrrr"...terbalik..:(.
Saya tidak menunggu dengan lebih lama,berhentikan kenderaan saya lalu berkejar ke lori tersebut. Dari jauh saya dah nampak isteri pakcik saya dah meraung macam kena rasuk.."abang"!! abanngggg"!!....Saya rasa macam nak pengsan. Saya lompat ke atas lori seraya menjerit namanya .."astagfirullah..pakcik...pakcikkk..ok ke tak?!"..Hati saya terus lega bila mendengar suaranya..Suaranya cukup penting bagi lutut saya ini gagah berdiri. Makcik nampak masih tak keruan lagi,dah macam kena rasuk memanggil abangnya. Dengan sedaya upaya,saya selamatkan pakcik dulu untuk keluar dari lori. Nampaknya dia tidak mengalami langsung kecederaan yang memudaratkan badan. Alhamdulillah ,syukur pada Allah kerana mengurniakan hari yang penuh berkat. Kalau tidak,tak tahulah saya apa yang akan terjadi.

Setelah melepaskan lelah,timbul satu perkara,bagaimana pulak nak bangunkan lori ni?

Ahh..sudahhh.. Pakcik saya ni mencadangkan untuk memanggil trak penunda untuk memudahkan kerja. Saya kurang bersetuju dengan cadangannya memandangkan jarak yang agak jauh dari bandar dan ini akan di ambil sepenuhnya peluang oleh "tauke-tauke" untuk "menyembelih" harga. Maklum sajalah,minyak baru saja naik harganya malam tadi. Macam-macam boleh berlaku. Setelah penat bertelagah,akhirnya satu keputusan telah di buat. Saya menggunakan segala kepakaran yang ada dan dengan bantuan sebuah lagi trak 4x4 milik saya,Alhamdulillah..segalanya selesai dalam jangka masa kurang dari 1 jam untuk menegakkan semula posisi lori tersebut..Alhamdulillah....

Untuk pengetahuan sahabat blogger semua,sebelum ini pernah juga berlaku kejadian seperti ini tapi tidaklah sampai terbalik..hampir-hampir sajalah...dalam kehidupan kita seharian yang sebenarnya ialah dalam teknik membawa kenderan berat ini,apa yang penting jangan hilang kesabaran dan jangan hilang kawalan. Inilah tips yang berguna semasa memandu kenderaan berat. Dan paling penting,bacalah doa perlindungan semasa membawa kenderaan sebagai ikhtiar kita pada Allah dan yang paling penting sekali,JANGAN sekali-kali buat MAKSIAT dalam kenderaan anda. Tak kisahlah maksiat yang macammana jenis sekalipun. Sehingga bertemu lagi. Maas salama..

Pengikut yang tidak taasub