Nada dan Suara

...
12:40 PTG

taufik dan hidayah

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Maha SuciMu Ya Allah yang memegang jiwa hamba. Yang mengetahui rahsia di dalam rahsia.

Sesungguhnya Taufik dan Hidayah itu Kekal MilikNya. Siapalah kita hendak mempertikaikan kerja-kerja Tuhan?



Arnold Van Doorn adalah seorang ahli politik di Belanda. Beliau bertanggungjawab menerbitkan filem dokumentari bertajuk "Fitnaa" sekitar 2 tahun lepas. Dan beliau baru sahaja berjaya menunaikan haji di makkah. Betapa Allah swt memilih hamba-hamba yang di kehendaki untuk memahami dan memeluk agama suci ini. Kita walau lahir sebagai islam belum tentu faham dan kenal kesyumulan islam. Benar kata seorang ulama, islam suatu masa akan bangkit di barat. Melihat islam dan amalannya begitu asing di negara sendiri Yang menjadikan ianya asing adalah kerana karenah dan tangan-tangan ulama dunia yang mencorakkan amalan islam semata-mata untuk dunia.

Saya ada mendengar suatu isu yang menjadi viral berkenaan video perdebatan antara bukan islam yang beragama hindu dengan seorang guru besar atau pengetua sekolah menengah di malaysia mungkin. Isunya berkenaan aktiviti korban yang berlaku di sekolah. Saya belum melihat video berkenaan kerana ketiadaan masa. Tetapi hendaklah di ingat,meneladani bukan islam semestinya dengan hujjah yang bernas. Gagal dalam hujjah akan menyebabkan bukan islam semakin mengejek dan kefahaman kepada islam semakin cetek. 

Kurangkan pergaduhan mulut kerana ianya tidak akan membawa penyelesaian. Permasalahan agama hendaklah di jawab oleh ahli agama. Agamawan tidak boleh tersentak. Menjawabnya dengan penuh sabar. Semoga Allah swt mengurniakan kesabaran kepada para agamawan untuk menjawab dengan penuh hikmah agar bukan islam semakin faham dan mahu mendekati islam.Insya Allah.

Mohonlah pada Allah swt agar sentiasa kekal dalam momentum dan mati di dalam islam. Malang sekali jika kita tidak dapat mengecapi hidup sebagai muslim. 





12:30 PG

Apa ada pada malu

Tanpa segan silu seorang perempuan bawah umur dengan selambanya memuat naikkan gambar dia dengan kekasihnya yang baru sahaja selesai berzina dengan status kontroversi..

"YESS AKHIRNYA DAPAT TERUNA DIA. FUHH SELESA ^^)"

Apa nak jadi dengan remaja sekarang ini? Semakin hari semakin rosak. Pendedahan internet yang tidak terkawal mungkin mendorong mereka ke arah gejala maksiat. Belum lagi dengan ragam remaja yang suka memuat naik gambar pasangan masing-masing dengan tidak ada rasa bersalah. Mungkin mereka kekurangan didikan agama. Mungkin penjaga terlepas pandang. Segalanya mungkin.
Zina itu keindahan nafsu. Sekali terjebak takkan ada jalan kembali kecuali dengan taubat nasuha. Jangan sekali kali mendekati zina. Walau hanya mukadimah @ permulaan zina. Kerana syaitan bijak mencatur peluang untuk memastikan setiap anak adam tersesat. Berhati-hatilah dengan kemudahan internet. Jika anda sebagai ibu bapa,sila pasang peranti atau program yang boleh menghalang anak jagaan anda dari melayari laman laman lucah,separa lucah,laman artis atau apa saja yang boleh menjerumuskan anak anda kecuali jika anda penjaga yang tidak kisah apa yang berlaku pada keluarga dan tanggungjawab akhirat.

Kepada remaja yang membaca mesej ini,ambillah peluang ini dengan membuang segala gambar yang ada unsur syubhat atau gambar anda bersama pasangan anda. Tidak ada keuntungannya sama sekali anda berbuat demikian. Carilah jalan halal jika sudah tidak boleh menahan nafsu. Kerana di antara tanda tanda akil baligh mu ialah apabila kamu sudah merasakan syahwat. Dan permulaan memuat naik gambar pasangan masing masing di internet adalah permulaan maksiat. Jagalah maruah keluarga. Gapailah dahulu kejayaan di dalam pelajaran.

Teruna dan Dara

Pernah dahulunya saya membaca mengenai satu artikel di akhbar utama mengenai kajian sebuah  badan NGO mengenai permasalahan sosial di sekolah. Hasil kajian amat mengejutkan dengan hasil kaji selidik mereka mendapati dari 10 pelajar yang di soal siasat,6 daripada mereka mengakui telah dan pernah mengadakan hubungan seks di luar nikah! Tidak percaya? Oleh kerana saya anti dengan segala maklumat di akhbar berkenaan kerana prejudisnya wartawan mereka dengan pihak lain maka saya memang tidak percaya. Saya katakan dalam hati bahawa remaja sekarang lebih pandai menjaga diri. Ternyata saya silap!
Saya membuat satu perancangan teliti dan amat rahsia. Satu sekolah di dalam senarai untuk saya jalankan 'ujikaji'. Bagaimanakah caranya? Begini.. Saya cuba untuk berbaik baik dengan satu pelajar yang boleh di katakan bersifat romeo. Saya cuba untuk 'menjelmakan' diri bahawa saya juga sepertinya. Seorang lelaki yang 'kaki perempuan'. Hasilnya, saya dapat beberapa maklumat yang cukup memeranjatkan! Masya Allah. Terkedu,sedih dan perasaan bercampur baur. Sangat sangat mendukacitakan. Nanti! Saya masih mengatakan remaja sekolah masih pandai menjaga diri.

'Menjaga diri' dari hamil!! Terperanjat? Tidak..belum terperanjat lagi. Kerana maklumat ini keluar dari mulut seorang romeo!.

"Nasib abanglah kalau tak caye!"..

Huh! Tercabar sungguh dengan ayat romeo ini. Lalu saya katakan jika benar kata kata mu,berilah nombor telefon 'si dia'. Sembang kencang tiada guna.

"Nah..kalau tak caye,kol 012-**###*#"..

Saya salin nombor itu. Malamnya saya cuba buat panggilan. Gagal. Engaged. Mungkin 'si dia' menutup handphone. Tidak sampai 10 saat,saya terima satu misscall dan sms.

"Sapew niew?" ( bahasa hebrew sudah bermula )

Maka bermulalah dialog. Dan yang paling memeningkan kepala hampir sebulan 'si dia' misscall tanpa peduli waktu saya mahu tidur. Jalan terbaik,saya letakkan nombornya ke dalam senarai blaclisted. Selesai. Tiada gangguan lagi.

Isi kandungan

Sungguh mudah 'memancing' remaja perempuan di alam persekolahan. Mereka seolah lupa bahawa mereka adalah harapan ibu bapa. Mereka sanggup mengajak kita keluar untuk 'mengisi kekosongan' hati. Meminta dari saya top up . Inilah bahana apabila di dedahkan dengan kemajuan maklumat tanpa 'sempadan'. Jangan tanya saya status 'dara' nya. Saya tidak sanggup menceritakan. Cukuplah.
Wahai ibu bapa yang beragama islam! Jagalah dan berikanlah didikan yang sempurna kepada anakmu. Pantaulah segala kegiatan mereka di rumah atau di sekolah. Sentiasa berhubung dan 'ganggu' para guru untuk bertanya khabar anak anak. Jangan biarkan nasi menjadi bubur. Kerana jika ianya berlaku maka tiada kemaafan lagi. Melainkan anda suka makan 'bubur' maka cukuplah nasihat untuk kali ini.

"Dan apabila matinya seseorang anak Adam itu, maka terhapuslah segala amalannya di dunia, melainkan tiga perkara iaitu sedekahnya yang berterusan, ilmu yang memberi faedah, dan anak-anak soleh yang mendoakannya kelak"

Dzikir Dhia
15 Dzul Hijjah 1434 Hijrah

12:51 PTG

terima kasih pembaca budiman

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Solawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rosulullah saw serta ahli keluarganya serta para sahabat.

Merakamkan penghargaan kepada pembaca budiman kerana sudi membaca lembaran demi lembaran isu,kisah dan tauladan di blog ini. Keterujaan untuk mengenali pembaca-pembaca yang berada di luar negara. Sebelum wujudnya FB,saya teringat pernah mengaktifkan satu akaun twitter. Malangnya kata laluan terlupa dan sekarang sedang dalam proses mengingat. Ledakan kuwujudan aplikasi internet membuatkan saya cuba untuk mereka satu akaun twitter ketika itu. Mungkin selepas ini,pembaca boleh berhubung terus di twitter. Kelemahan twitter jika saya tidak silap tidak seperti FB kerana hanya 140 patah perkataan sahaja di benarkan pada satu masa bersama gambar yang di muat naik. Insya Allah,jika berjaya mengaktifkan semula twitter,akan di beritahu melalui post ini. 

Di manakah anda?

terkini- tweet saya di sini --> https://twitter.com/dzulhaqq atau instagram di dzikirdhia78 .sekian.k. bai.


Dzikir Dhia

14 Dzul Hijjah 1434



3:12 PTG

wahai pemudaku

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jum’at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(QS: AL Jumu’ah:9)

Firman Allah swt di atas adalah dalil qoti'e dan tidak keraguan padanya mengenai perintah menunaikan solat jumaat. Sengaja saya mahu menulis berkenaan isu solat jumaat pada hari ini memandangkan masih ramai lagi para makmum yang masih kurang peka kepada kewajipan ini samada di ketikanya,sedang dan selepasnya.

Peristiwa yang berlaku hari ini sedikit sebanyak membuatkan saya tertanya-tanya apakah peranan para asatizah bergaji dalam memberi faham kepada para makmum berstatus murid yang bersolat dan menjadi sebahagian daripada makmum di qariah kami. Sebelumnya,untuk memahamkan situasi,pelajar-pelajar ini datang dari sekolah berdekatan ( berasrama,nama sekolah di rahsiakan ). Sudah acapkali di perhatikan ( bukan semua ) para pelajar sering mengenepikan adab-adab ketika khatib sedang berkhutbah. Hal ini pernah saya ajukan sebelumnya kepada salah seorang guru dengan harapan ada penambahbaikan adab dapat di lakukan. Saya bersangka baik,guru tersebut telah menyampaikan permasalahan ini dengan caranya tersendiri. Wallahu a'lam.

Ianya berlaku lagi. Terkadang mahu menempik. Hati masih menahan. Apa bezanya saya jika menempik tatkala khatib sedang berkhutbah,seumpama tiada beza antara berbual-bual ketika khatib berkhutbah dan saya hilang pahala akibat menegur. Cukup saya tahan di dalam hati. Usai solat,saya pegang beberapa pelajar itu dan beri nasihat tentang perlunya sebagai makmum untuk 'DIAM' ketika khatib berkhutbah. Mereka ketakutan. Sama ada akur atau takut. Jumaat selepasnya ianya tidak berlaku lagi.

'Dia bunyi lagi!!!'

Inilah skrip dari filem Almarhum P Ramlee, Bujang Lapok,mengambarkan sikap para makmum terpelajar ini. Saya berfikir,method daawah apa yang mahu di gunapakai untuk 'mendiamkan' mereka? Bukan permasalahan ini sahaja yang timbul. Para makmum terpelajar ini juga bersolat tidak memakai persalinan solat yang menandakan mereka adalah pelajar terpelajar yang sepatutnya faham arahan guru dan warden. Tidak usah menipu diri ini,saya adalah bekas pelajar berasrama. Saya faham peraturan asrama. Makmum terpelajar ini juga selalu memakai pakaian yang bertulisan meragukan. Wahai pemudaku,pakailah pakaian yang sesuai asal tidak menganggu kekhusyukan makmum yang lain.

Ada suatu ketika saya terlewat solat jumaat,saya hanya masbuk ketika rakaat ke 2. Saya nampak dengan jelas sekali mereka ini di dalam solat boleh berbual,pandang kiri dan kanan.Ya!! Ketika dalam rukun solat..ketika mengadap kiblat...ketika berhadapan dengan Allah swt!! Allahumma!! Selamatkanlah pemuda kami!

Kesabaran ada batas. Sampai ketikanya bila tiada perubahan berlaku,saya yakin akan membuat panggilan telefon ke sekolah berkenaan untuk memberi teguran. Masalah ini saya jangkakan tidak berlaku di qariah saya sahaja bahkan berlaku juga di tempat yang lain. Tidak semestinya solat jumaat bahkan solat fardhu yang lain. Di manakah silapnya? Ianya berlaku saban tahun.Jika masih tidak ada perubahan,saya tahu tindakan seterusnya maka jangan di salahkan saya lagi. Insya Allah,dalam keadaan begini saya akan usahakan dengan cara tersendiri untuk memikat hati mereka. Semoga Allah swt mengurniakan taufik dan hidayah kepada mereka. Aamin.


12:01 PTG

ibrah-azam-lonjakan

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Pagi ini aku merafakkan rasa syukur kepada Allah swt. Kerana Dia masih memberikan aku peluang untuk terus menghirup udara yang dipinjamkan sementara. Umurku tepat pada waktu ini 35 tahun 0 bulan tahun miladiyah. Tahun hijrahnya bertambah setahun lagi kurang atau lebih. Jika aku masih berada di fb maka bertaburanlah ucapan yang berbagai rasa. Semuanya mengucapkan selamat. Juga doa di dalam diam mungkin,aku amat menghargainya. Daripada pengendali telekomunikasi,ucapan kasih dari isteri selepas solat subuh,YAB Menteri Besar 9 tangkai padi,mesej daripada sahabat-sahabat lama yang peka.Terima kasih kalian..semoga Allah swt membalas dengan seribu kebaikan kembali padamu.

Wish?

Aku bermohon agar Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada diri serta seluruh keluargaku agar sentiasa istiqomah dalam islam dan segala urusan ku di permudahkan sehari-hari. Azam ku selepas ibrah masih tidak berganjak. Cuma aku teringat satu perkara yang masih belum selesai ku laksanakan. Di izinkan Allah swt,aku sangat teringin ketika aku sudah mampu untuk ke tanah suci Makkah al mukarramah dengan menaiki motorsikal. Sudah lama aku pendamkan niat ini. Peta perjalanan selamat sudah ku kaji dengan mengambil kira pengalaman bikers sebelumnya. Sejujurnya aku suka mengembara. Mengambil iktibar para sahabat Nabi saw yang mengembara kerana dakwah islamiyah. Dengan mengembara kita boleh mengenal sejarah dan tamadun manusia berbilang agama. Sungguh rasa tenang dengan mengembara menaiki motorsikal. Allah,perkenankan impianku.

Juga dengan projek skala besar yang aku akan laksanakan setelah tempoh 'bertenang' tamat. Pekerja asing,pertanian serta jentera berat. Mereka yang tidak faham akan perjalanan perniagaan ku ini pasti menarik diri dengan serta merta. Tidak mengapa,menarik diri itu juga hikmah untuk mu dan juga aku. Yang faham dan boleh berfikir tidak akan terasa hati jauh sekali memencil diri. Tahniah buat isteri serta rakan kongsi yang faham perjalanan usaha ini. Telah aku nyatakan pada mereka secara terperinci kenapa,mengapa,siapa dan apa. Dengan usaha dan semangat yang takkan padam,insya Allah ianya akan berjaya dan terus berjaya.

Jangan bercerita tentang untung. Jika sederhana yang kita cari,dengan doa dan tahap bergantung kepada Allah yang tinggi,apa yang kita mahu dalam hidup akan terlaksana. Jangan kejar dunia tetapi beramal lah sehingga dunia mengejar kita. Ketika itu,terima apa yang patut kita terima dan tolak apa yang patut kita tolak. Percaya? Terpulang.

Aku sentiasa percaya diri sendiri. I'm not an arrogant man. Rom tidak terbina dalam satu hari. Tapi menghancurkannya tidak perlu masa yang lama. Ianya telah tertulis dalam takdir. Bahawa jika Allah berkehendak,cukup Dia berfirman 'Jadi,Maka Jadilah'.

Tiada period masa. Tapi aku yakin kebahagiaan pasti tersirna. Insya Allah,sebelum september-oktober dengan izin Allah!!

Allahu Akbar! Allahu Maana!

1:47 PG

Antara sunnah dan lumrah

Bismillah ar Rohman ar Rohim

Assalamualaikum wbt

  • Makan menggunakan dulang @ talamMenjilat @ lebihan makanan pada jari
  • Memakai serban
  • Memakai celak
  • Memakai miswak
  • Poligami

Perkara di atas adalah perkara yang kebiasaannya di lakukan oleh para muslim Sebelum pergi lebih jauh lagi,sewajibnya kita memahami,apakah itu sunnah.SSunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. 

Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thoriqah" yang bererti perkaedahankebiasaanperjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."

Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataanperbuatanketetapanperibadiakhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *


Kita sebagai umat selepas kewafatan Nabi saw seharusnya mengikuti yakni ittiba'segala sunnah yang Nabi tinggalkan untuk kita. Bermakna,melaksanakan sunnah-sunnah yang biasa di lakukan oleh Nabi saw kerana sunnah baginda ini ada banyak kebaikannya jika di amalkan. Juga ianya membezakan kita di antara muslim dan bukan muslim. Hendak di fahami,bukan semua sunnah Nabi ini sesuai untuk umatnya. Contohnya dalam berpoligami di mana umum kita mengetahui Nabi berpoligami melebihi 4 orang isteri. Ini adalah khususiat iaitu kelebihan bagi seorang Nabi. Jangan di persoalkan kenapa dan mengapa. Ada isu yang lebih penting hendak di bincangkan..



Sunnah yang di "jenamakan".

Pernah suatu ketika,saya belajar memakai celak menyedari ianya adalah sunnah. Kelebihan memakai celak ini di antaranya membersihkan mata. Yakin? Alhamdulillah,saya senang memakainya tanpa ada perasaan risau wujudnya jangkitan pada mata. Bahkan penglihatan saya semakin terang hari demi hari. Jika saya memandu dan memakai celak,dengan izin Allah swt hilang perasaan mengantuk. Itulah saya. Saya tidak tahu pengalaman pembaca yang lain jika kesannya berbeza. Begitu juga dengan memakai kayu sugi @ siwak. Kelebihannya memang saya rasakan 100% puas hati. Reseptor rasa yang kembali pulih. Rasa makanan yang lebih ketara,gigi yang lebih bersih. 




Juga amalan menjilat jari iaitu membersihkan jari dari sisa lebihan rezeki,membuktikan islam sangat menitik beratkan amalan tidak membazir dan menghargai makanan,memakan makanan di dalam dulang @ talam secara beramai-ramai dapat menjimatkan makanan dan tidak memakan makanan secara berlebihan sesuai dengan saranan Nabi saw iaitu berhenti sebelum kenyang. Juga poligami,banyak kelebihan pada syariat Allah ini seperti meramaikan keturunan,menjaga nafsu,membela kaum hawa dari berbagai mehnah dan fitnah

Sunnah,kebiasaan atau lumrah?

"Tuan,tuan jemaah tabligh kawasan mana?"..Tanya seorang lelaki kepada saya. Agaknya dia ternampak saya bersugi sebelum solat. " Saya bukan jemaah mana-mana tabligh,maaf".

"Tuan,selalu ke pergi ke rawang? Country Homes? "..Terperanjat,saya bertanya kembali."Ada apa di sana?". terkejut lelaki itu lalu dia mendiamkan diri. Berlalu.. ( ketika ini saya baru perasan,dia melirik mata saya. Oh! Saya memakai celak. Oh!! Pasti dia jemaah al-arqam. Baru saya teringat sunnah memakai celak ini amat sinonim dengan jemaah ini. 

Apa agaknya tanggapan masyarakat jika saya mengamalkan poligami?.  Saya berpendapat,cukup-cukuplah menjenamakan sunnah-sunnah sebegini dengan jemaah-jemaah tertentu. Saya faham,kewujudan jemaah ini sebenarnya banyak menghidupkan sunnah. Menghidupkan Rumah Allah. Ketahuilah,bila masyarakat kita hanya memasuki jemaah tertentu dan hanya mengamalkan sunnah tertentu maka kesannya agak berlainan daripada biasa. Sunnah-sunnah ini seharusnya di guna pakai oleh semua muslim tanpa mengira ideologi jemaah. Kerana memakai sunnah hikmahnya membezakan kita antara muslim dan bukan muslim. Manakan mungkin bukan islam mahu menggunakan kayu sugi,makan dalam talam,memakai celak pada lelakinya atau berpoligami? 

Saya ambil contoh poligami. Jika bukan islam berpoligami sekalipun,ianya bukan tuntutan agama mereka. Sila lihat pada agama kristian sendiri. Saya tiada niat hendak menyamakan sesiapa yang tidak berpoligami itu serupa dengan penganut kristian ( saya pernah di kecam di dalam FB gara-gara mempertahankan syariat Allah ini ) kerana berpoligami tidak semestinya hidup perlu mewah. Poligami di amalkan jika manusia yang faham agama ianya mempunyai banyak kebaikan. Kebaikan? Masya Allah.. dunia akan aman jika manusia faham prinsip sunnah. Poligami sering di pandang serong kerana pengamalnya berniat serong. Manusia khususnya kaum hawa ( tidak terkecuali ilmuwan islam muslimah ) sering menjadikan poligami syariat yang perlu di hentam. 

Maaf,bukan semua muslimah mengeji. Masih wujud yang memahami hatta yang bukan berpakaian muslimah. Bukankah taufik dan hidayah itu milik Allah swt ?. Bahkan wujud juga kaum lelaki yang mengeji poligami. Mereka ini lebih "perempuan dari perempuan". Saya terlupa. Allah jadikan Syurga dan Neraka perlu di isi. Kita tidak bersalah jika kita menghentam sesuatu berkenaan agama jika kita jahil tetapi membiarkan diri terus menerus dalam kepompong kejahilan sangatlah tidak patut berlaku. Sedangkan seekor lembu yang hidupnya sentiasa mengunyah rumput tahu mencari kawasan yang lebih banyak rumput untuk menambah "bekalan" di dalam perutnya,inikan kita manusia yang di kurniakan akal,tidak terfikir untuk menambah ilmu dan menghapuskan kejahilan ?


Eh,penulis ni bercerita bab poligami,mahu ke?

Eh!!..Of Course lah!. Jika sudah tiba masanya dan mencukupi keadaan,insya Allah. Selagi ianya tidak bersalahan dengan tuntutan beragama, ( berlaku adil,mampu ) maka apa ada masalah dengan poligami? Fahami juga takrif mampu. Jangan berfikir perlu menjadi kaya raya,ada kereta mewah baru ianya boleh dilaksanakan.


Huraiannya,sunnah adalah "pakaian" terbaik penuh hikmah. Hentikan kejian kepada sunnah. Seperti yang di sebutkan sebelumnya,mengeji kerana kita jahil,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kejian. Akan tetapi jika mengeji dalam keadaan kita tahu mengejinya akan menyebabkan kita tergelincir akidah,maka perbaharuilah syahadah. 

Untuk lelaki yang bakal berkahwin. Sedikit tips perkahwinan untuk anda. Pastikan bakal isteri anda memahami kehendak islam dalam perkahwinan. Juga hak anda untuk berpoligami. Berterus terang pada mereka bahawa anda akan melaksanakan sunnah berpoligami jika sudah mampu. Jangan fikir kerana sekarang anda asyik bercinta sekarang maka hal poligami di lupakan. Jika anda tidak mampu,maka anda boleh lupakan. Akan tetapi jika Allah swt takdirkan anda mampu dan ketika itu anda berkehendak kepada poligami,bagaimana?. Sesungguhnya Allah swt tahu apa kehendak lelaki maka kerana itulah di benarkan berkahwin sehingga 4 orang isteri. Di zaman kehancuran sekarang maka adalah lebih baik wahai kaum lelaki muslimin untuk menapis bakal-bakal isteri kalian. Kerana mereka yang anda nikahi adalah "fotokopi" kepada anak-anakmu juga keturunan. Ketahuilah hak kamu wahai kaum lelaki sebagai ketua dan pemimpin. Jauhilah dari sifat dayus. Untuk kaum hawa juga,berlapang dadalah. Persyariatan Allah swt sudah semestinya wujud hikmah dan bukan karenah. Cetusan atau getusan yang wujud di dalam hati adalah mainan syaitan semata-mata untuk mengelakkan anda dari memahami hakikat kehidupan bahawa dunia adalah pinjaman baik harta,anak-anak,suami dan sebagainya.Kekalkanlah solat fardhu dan solat sunnah yang lain. Maka insya Allah,kejayaan buat kamu.

Pilih - Syurga atau Neraka.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzikir Dhia

13 Dzul Hijjah 1434


8:38 PTG

lirih jiwa

Selepas mendengar lirik ini semasa Eid Adha,jiwaku menangis



Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya


Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yg kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku


( Wahai Allah, Terimalah taubatku,permudahkan urusanku )

9:41 PG

menjejak 35

Bismillah ar Rohman ar Rohim



Hari ini,Maxis antara yang terawal mengucapkan selamat hari lahir. Kapitalis ini sudi menyedekahkan panggilan percuma 'maxis to maxis'. Huh! ?. Isteri saya celcom. Camno?  Umur semakin meningkat. Tak lama lagi pakai tongkat. Memakai tongkat juga adalah sunnah.

Sunnah?

Sunnah Nabi saw banyak sekali. Tapi sering di salah gunakan dengan 'jenama' oleh jemaah-jemaah tertentu. Insya Allah,bab sunnah sudah ada menjadi draft tersimpan di dalam memori blog. Hanya perlu menyambung dengan bekal ilham dari Allah swt. Saya nak bantai diri sendiri,saya nak bantai semua. Kita masing-masing sebagai manusia sering berbuat kesilapan. Semoga Allah permudahkan jiwa untuk menaip dan terus menaip.


9:20 PTG

menghilang bukan pupus

Bismillah ar rohman ar rohim

Asalamualaikum wbt..

Ada di antara sahabat sahabiah yang bertanya,ke manakah menghilangnya dzikir dhia di pentas facebook?..

Alasan?

Saya tiada alasan,tiada niat hendak menipu dalam perkataan. Sampai masanya saya akan kembali,dengan izin Dia. Setahun,mungkin 2 tahun lagi.. Hanya Allah yang Mampu dan Tahu perancangan saya. Dia akan menapis setiap 'permohonan'.

Terkadang bosan dengan karenah di dalam fb. Menjadi blogger tanpa gaji lebih aman. Tidak perlu 'block' sesiapa. Tidak perlu menyakiti sesiapa. Tidak perlu menghalang sesiapa untuk mesej peribadi.Menaip sesedap rasa syari'e. Ada juga yang sukses dan bahagia dengan fb. Terpulang.. masing-masing ada pendapat memenangkan hujjah.

Benar..

Selama saya berada di alam internet sejak 1997, bermacam karenah pengguna yang saya hadapi. Dengan penyamaran,penipuan dan berbagai karenah tribulasi saya pernah hadapi. Kerana itu,saya berdoa kepada Allah swt agar di tetapkan hati dan keimanan di dalam diri agar apabila menulis dan menaip tidak menyakiti hati sesiapa. Menulis perkara hak memang menyulitkan. Itulah maharnya.

Hari ini hari qurban ke 2. Semoga Allah merahmati pengorbanan para pembaca. Saya tidak mampu untuk mengadakannya. Sejujurnya saya seorang hamba Allah yang miskin. Dengan meminta izin 'pasword wifi' tuan punya restoran ini maka menaiplah saya. Tidak lebih dan tidak kurang. Yang menjadikan saya 'kaya' ialah Allah kurniakan hati pada diri ini untuk menerima qada dan qadar. Dapat beribadat dan rasa bersyukur. Biarlah..biarlah..

Sesungguhnya andalah yang beruntung..

"Allah Sentiasa Mendengar"

Dzikir Dhia

4:21 PTG

alam maya - di belenggu kewarasan.




Asalamualaikum  dan salam sejahtera.

Bismillah Ar Rohman Ar Rohim
Solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarganya..

Kemaafan penulis pohon dari para pembaca kerana agak lama berhenti dari menulis di sebabkan kesibukan sehari hari. Hari ini ingin menulis semula setelah agak bebas dari sebarang beban kerja dan fikiran agak lapang,dengan izin Allah swt.

Alam Maya.

Umum mengetahui Maksud "alam maya" ialah alam yang tidak wujud, bukan realiti. Alam yang hanya dalam bayangan, khayalan atau fantasi. Ia kelihatan ada tetapi sebenarnya tidak wujud. Maka hendak di fahami dengan mudah,masyarakat umumnya di malaysia menamakan alam yang kita terokai melalui pencarian di laman sesawang . Inilah pembacaan di alam maya. Ianya akan bertukar menjadi alam realiti jika kita tahu dan faham menggunakan pentas "alam maya" ini dengan cara yang sebetulnya. Sejujurnya,melepasi penapisan syara'.






Dari segi faham penulis?

Alam maya ini indah. Hanya mereka yang memahami kehidupan alam maya ini tahu hakikatnya. Alam maya boleh membuai perasaan dan jadi perasan. Jika di pandang dari segi cinta di alam maya, Anda hanya memerlukan beberapa ungkapan pembuai jiwa untuk meyakinkan pembaca bahawa anda adalah "itu". Penulis sudah mengalaminya dan penulis berharap itulah yang terakhir penulis alami. Benar.. ianya sungguh asyik. Di tambah penyedap rasa "syaitan nir rojim" juga "panahan arjuna". Berjumpa dan bertemu selepasnya akan membuatkan keadaan menjadi kelam-kabut atau . Hanya dengan iman yang di kurnia Allah swt akan jadi penyelamat.  Percayalah,jangan sekali kali menyulam cinta di alam maya.. anda akan teruk di landa badai permasalahan. Hati penulis agak degil kerana kurang mempercayainya tetapi inilah yang penulis pernah alami. Penulis tidak berhajat untuk berkongsi cerita tapi cukuplah sekadarnya ia di jadikan pengalaman untuk pembaca lain. Kerana apabila pembaca cuba untuk memasuki alam ini,anda akan dapati anda akan susah sekali untuk keluar darinya. Mahu keluar? Bertawakkallah kepada Allah dan amalkan surah Ar-Rad ayat 39,insya Allah..dengan izinNya,anda berjaya mengatasi walau terkadang ianya masih bersisa. Jika pembaca masih berkeras mahu meneruskan,maka pilih jalan terbaik dengan bersua dan cari jalan penyelesaian. Kita tidak akan rugi dengan memilih jalan berbincang. Jangan di simpan semua perkara yang tidak memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Pastikan seseorang yang berilmu ada bersama sebagai pengadil. Mudah-mudahan Dia menghuraikan kekeliruan. Sekali lagi dengan jujur penulis ingatkan ini adalah pengalaman penulis. Ada juga di kalangan mereka yang mengamalkan kehidupan di alam maya yang memperolehi natijah yang baik dan itu tidak boleh di sangkal. Tergantung niat mereka. Kerana Allah - Selamat. Kerana nafsu-Qiamat..


Sejujurnya

Kita belum tentu dapat apa yang kita mahukan melalui perhubungan di alam maya. Juga kehidupan realiti,apa yang di rancang belum tentu menjadi. Inilah Rahsia Allah swt. Yakin? Memang perlu yakin kerana hanya pada Allah keyakinan di letakkan. Hanya pada Allah tergantung segala Pergantungan. Biarlah dunia mengejar,jangan kita mengejar dunia. Selalulah ingatkan kematian kerana dengan mengingati mati bukan penyebab segala proses kehidupan jadi terbantut bahkan ianya menguatkan lagi daya semangat untuk mempertahankan kehidupan yang baik. Penulis tidak meminta pembaca bersetuju dengan apa yang di fikirkan kerana penulis bukan mempunyai kelulusan yang tinggi;baik dari bidang agama atau sekular. Penulis tidak pernah menerima sebarang ijazah dunia. Terkadang terasa gayat,apabila kawan-kawan penulis berjaya mendapat segulung ijazah maka ketika itulah penulis dengan perasaan yang malu memohon meminjamkan jubah kebesaran mereka. Klik! Klik!.. Cukuplah 2 keping gambar. Kehidupan penulis tidak mudah. Dengan kedudukan sebagai anak pertama yang gagal di alam persekolahan,berbekalkan hanya ilmu "bercampur" dengan para "ilmuwan" maka mungkin sesetengah pembaca menganggap penulis seorang yang mempunyai ilmu. Ilmu teramat teguh setianya.,maka bila berazam ingin mendapatkan ilmu,maka keteguhan tetap menunggu. Itulah penulis. Kepada mereka yang tinggal bersama akan mengetahui diri penulis sepenuhnya...

Dahaga

Penulis sentiasa memerlukan tunjuk ajar dari rakan-rakan sekeliling. Hidup ini adalah guru. Salah memilih rakan akan membuatkan anda tersasar dari matlamat hidup. Apa yang anda mahukan dalam hidup? Penulis percaya,anda mengimpikan sesuatu yang indah,tidak kurang juga diri ini. Dalam umur yang semakin meningkat setiap saat,pasti saya tidak mahu ketinggalan dari semua aspek. Aspek pilihan saya ialah hidup sederhana dengan amal islami. Apa yang halal di sisi Allah swt,itulah niat dan impian saya hingga terputus nyawa dari badan. Tidak salah berniat sesuatu yang baik,kurang atau lebih pasti Allah akan tunaikan. Insya Allah,penulis akan kongsikan sesuatu perkara yang pernah di alami untuk tatapan pembaca,dengan izin Dia. Selamat menyambut Eidul Adha. 1434 Hijriyyah.




☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Dzul Haqq

9 Dzul Hijjah 1434


2:53 PTG

kehidupan adalah guru






Pada suatu hari sedang Imam Shafie r.a memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat.

Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian.
Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut.
Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Kerana itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru.
Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie.
Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie :

"Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fikah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakah mahu mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur.
Lalu aku fikir tentu badwi itu tahu kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi.
Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing.
Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu."


11:43 PTG

Mari melupakan sesuatu

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.”

Surah Ar Ra'd ayat 39 menceritakan tentang Kekuasaan Allah swt dalam menghapuskan sebarang kesedihan insan,memberikan motivasi kepada manusia agar menerima sebarang ketentuan qada' dan qadar Nya. Frasa "ibu segala suratan" hendaklah di maknawi secara betul dengan meletakkan pergantungan tanpa henti kepada Allah swt.. Allahu Robbi..Allah..

Ini saja yang saya mampu ulas. Semoga Allah mengira setiap kesusahan,air mata,kesedihan. Biarkanlah ia berlalu...Wahai Allah..Kurniakanlah kekuatan..



☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

12:43 PTG

semangat berintikan juang

"Sekarang ini aku melihat Allah akan menaklukkan istana Kisra dan istana Kaisar pada suatu hari nanti di tangan umatku"
Apabila munafiqin mendengar apa yang dikatakan oleh Baginda,lalu mereka ketawa terbahak-bahak.
Subhanallah! Rasulullah s.a.w yang ketika di kepung rapat oleh yahudi,pasukan bersekutu,munafik,pembunuh upahan dan para zindiq masih sanggup berkata. ""Allah akan menakluk istana Kisra dan istana Kaisar pada suatu hari kelak di tangan umatnya." Apakah sebenar maksud kata-katanya ini?





Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa ala 'aalihi Muhammad.

Assalamualaikum wbt 

Begitulah semangat perjuangan Rasulullah s.a.w ketika perang khandak. ( Sabda baginda di atas ketika menggali peparit sebagai strategi peperangan. Ketika menggali,baginda berjaya menghancurkan batu besar hingga mengeluarkan pancaran sinar berkilauan di udara. Ketika itulah baginda bersabda. ). Bagaimana coretan sirah manusia agung ini sangat kurang di jadikan pedoman hidup manusia yang mudah kecewa dan lemah semangatnya. Tahap bergantung Baginda s.a.w kepada Allah swt sangat tinggi. Dengan azam dan tekad baginda untuk memenangi peperangan sangat boleh di jadikan iktibar untuk manusia muslim dalam melaksanakan tugas seharian. Bagaimana Rasulullah s.a.w boleh memandang satu kemenangan yang mana ianya tersirna setelah 25 tahun kemudian Saad bin Abu Waqqash berjaya memasuki istana Kisra dan menawannya sambil berkata " Allahu Akbar! Sekarang istana Kisra telah di kuasai oleh kaum muslimin!".

Mudah? Bukan mudah..

Ianya jadi mudah dan tidak juga mudah jika kita boleh atau gagal  memahami untuk tujuan apa kita di lahirkan. Memahami konteks penciptaan Langit dan Bumi. Faham erti keEsaan Allah swt. Ini semua memerlukan pengorbanan. Dan ianya akan balik semula kepada Kekuasaan Allah sama ada Dia menerima atau menolak sebarang usaha kita. Ini di dalam RahsiaNya.

Saya tidak berada di dalam sepatu Rasulullah s.a.w. Tetapi saya amat mengkagumi keperibadian Baginda dalam mendaulatkan agama Allah ini. Bagaimana dalam keadaan lapar yang di alas 2 ketul batu pada perut baginda yang mulia,Baginda menggali parit untuk berperang menentang para penzalim. Mampukah kita melakukan sepertimana yang baginda alami? Kita yang menginap di rumah agam,bersenang lenang dengan dunia dan masih mengimpikan dunia membina dunia? Ada masanya saya pernah mencuba untuk tidak makan selama hampir 2 hari baru-baru ini. Jauhnya diri saya dengan Rasulullah s.a.w . Apatah lagi berusaha untuk bermimpikan baginda. Masya Allah. Sungguh kami jauh dengan peribadi mu,apatah lagi jauhnya kami dengan Robbul Jalil!? Masakan kita boleh hampir dengan Rasulullah sedangkan berusaha untuk mencontohi baginda sahaja tidak mampu. Bagaimana mahu mengenal Allah jika mengenal Rasulullah sahaja kita kalah??

Fikirkan sesuatu

Pernah di ceritakan oleh seorang sahabat baik berkenaan salah seorang sahabatnya yang berazam untuk bermimpikan Rasulullah s.a.w. Dia seorang yang 'alim. Sentiasa berpuasa sunat.. Malam itu dia bersolat hajat dan segala solat sunat,berazam untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w di alam mimpi. Dia berjaya! Hanya berjaya berada di padang pasir dalam serba kehausan. Rasulullah tidak muncul dalam mimpinya. Sedarnya dari mimpi,bajunya basah dengan keringat. Dia menangis kerana tidak berjaya menemui Nabi. Bayangkan seorang yang 'alim hanya mampu berada di padang pasir di alam mimpi tetapi tidak berjaya menemui Nabi. Kita?? Allahu Robbi..




Sesungguhnya kita tidak mampu jika memaksa diri dalam mengimpikan sesuatu di luar jangkaan. Kerana hal luar jangkaan ini hanya milik Allah. Hanya Dia Yang Berhak mengurniakan sesuatu yang di luar jangkaan. Kerana itulah kita di sarankan untuk terus menerus berusaha. Jangan mengimpikan sesuatu yang tidak pasti. Kerana ini akan membuatkan jiwa akan sering tertekan. Basuhlah jiwa dengan istigfar dan amalan-amalan sunnah. Allah swt PASTI membalas setiap keluhan mu selagi kita berkeinginan akan sesuatu yang berbentuk ibadah syar'ie. Yakin dengan sesuatu di luar jangkaan itu tidaklah salah. Kerana membina keyakinan itu perlu. Kerana proses membina keyakinan pada perkara di luar jangkaan itu sama dengan Beriman dengan Perkara Ghaib. Persoalan "sampai bila?" biarlah kita sebagai manusia menyerahkannya kepada Allah swt .Letakkanlah keyakinan yang tinggi padaNya. Allah swt tidak akan mengecewakan hambaNya yang mempunyai semangat juang dan yakin. Saya sentiasa yakin..anda?




Katakanlah pada Bilal yang memiliki keazaman;
Tenangkan Jiwa kami dengan mengerjakan solat.
Berwudhu'lah dengan air taaubat sekarang ini;
Untuk berjumpa denganNya di dalam syurga.

Kalam berhenti seketika

Dzul haqq @ Dzikir Dhia

26 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah


3:01 PG

duhai hati...

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "

Assalamualaikum wbt.

Khutbah bertarikh 9 Zulhijjah tahun 10 hijrah adalah khutbah terakhir dari Baginda yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w . Sejujurnya penulis tidak merasa jemu membacanya. Dengan peringatan-peringatan yang di wasiatkan oleh baginda kepada umatnya membuatkan penulis selalu terfikir. Apakah yang selama penulis amalkan selama hayat masih di kandung badan ini benar ? Sungguh..penulis merasakan bahawa diri ini masih tidak sempurna. Sungguh..diri ini masih sangat dahaga...

Hati tidak boleh menulis tetapi menulislah dengan hati 

Seboleh-bolehnya saya tidak ingin sekali menulis sesuatu yang boleh meyakiti perasaan insan lain. Tetapi memandangkan ianya berupa nasihat,walau sepahit manapun hendaklah ia di sampaikan. Berkata benar itu tuntutan. Tuntutan itu yang terkadang di luar kebenaran. Itulah hati. Faham?.. Masih panjang lagi perbahasannya. Sabar itu Indah.. 

"Nampakkah keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat? Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqan: 43-44) 


Saya tidak berniat sama sekali hendak menyamakan para pembaca budiman dengan haiwan. ( Dalam bahasa Arab ada ungkapan yang sangat terkenal, iaitu Al insaanu hayawaan naatiq, yang bermakna: ’manusia adalah haiwan yang berakal’. Dengan kata lain, jika manusia tidak menggunakan akalnya akan menjadi seperti binatang. Itu pula yang disebut al Qur’an dalam QS. 7: 179, iaitu orang-orang yang tidak menggunakan Hati (Qalb), penglihatan (bashar), dan pendengaran (sama’) untuk memahami dan mengerti suatu masalah yang dihadapinya.Kerana hendak menjaga hati pembaca,maka saya terpaksa nyatakan firman Allah swt untuk menjaga penulisan ini. Seumpama  menyatakan.. " Tuan-puan,fulan,fulanah..Jika anda lakukan sebegini maka kita akan jatuh kafir". Insan tanpa hati nurani berpandu syar'ie akan mudah berprasangka .." Tu diaa..Penulis ini sedang mengkafirkan orang lain!"..sedangkan hakikatnya saya sedang menerangkan atau menyampaikan sesuatu untuk memberi faham bahawa adalah jatuh kafir jika kita melakukan sesuatu yang menjadikan kita kafir.

 Memberi pernyataan bukanlah menghukum. Ianya sekadar membaca pernyataan qotie. Tapi itulah tugas manusia tanpa gaji. Menghukum dan terus menghukum. Bagaimana saya mahu menjawabnya? Tersekat di antara keinginan mahu menjawab tapi tidak di beri peluang?  Mahkamah Yang Mulia di Yaumil Masyar tempat seadilnya. Ketika semuanya di bangkitkan dalam keadaan berbogel. Kamu pandang saya,saya pandang kamu. Hari yang ketika itu tidak akan terasa malu kerana berbogel. Perasaan malu ketika itu wujud kerana sedang menunggu aib yang maha dasyat sedang di "bogelkan" oleh Maha Kuasa. Arghh!! Peduli apa aku!!. Peduli apo den!! Nasib la demo!! Pi lantak kat hang!!.Inilah kata hati . Manusia yang tidak percaya akhirat. Tidak kira belum baligh atau sudah, tergantung pada didikan. Terkesankah hati kita akan akhirat?. Tidak mengapa jika tidak terkesan. Bukan tugas saya. Ini tugas Pemilik Hidayah. Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada mereka yang ingin meraih HidayahMu. Kasihani aku,kasihani mereka.

kasih dan sayang di turutkan hati

  • Saya pasti akan hal ini. Sesiapapun di dunia ini ada perasaan sayang dan kasih. Sezalim mana pun manusia tetap ada kasih sayangnya,inikan pula manusia yang lahir bersama kasih dan sayang. Sekasih mana pun anda,sesayang manapun anda,tiba masanya ianya perlu di tinggalkan dan di lepaskan. Ibu dan ayah yang mati meninggalkan anak-anak. Guru kesayangan yang meninggalkan anak muridnya kerana berpindah.Hak milik kesayangan yang hilang di curi. Kekasih atau pasangan hidup yang lari mengikut orang lain. Inilah dugaan.Inilah pinjaman dari Allah swt .فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلً "maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" ( Surah Al Ma'arij : ayat 5 ). Jika kita boleh redho dengan sebarang ketentuan ini,maka hati kita akan jadi bersih. Hentikan tuduh menuduh. " Kau penyebabnya!".."Kau Puncanya!".. Rasa sakit hati itu fitrah. Yang bukan fitrah itu adalah hasad. Kerana hasad itu terhasil dari sikap yang ditiup syaitan. Fitrah syaitan adalah janjinya untuk menyesatkan ummah. Ingatkah kita ketika wafatnya Rosulullah s.a.w akan dialog ini..''Siapa yang mengatakan Nabi telah wafat akan aku penggal kepalanya''.. Siapa yang tidak mengenali suara ini. Inilah suara yang paling di takuti di zaman itu kerana keberaniannya. Dialah Sayyidina Umar r.a . Di sabarkan oleh sayyidina Abu Bakar r.a  kepada Umar r.a..  '' Barang siapa menyembah Muhammad maka dia telah mati. Barang siapa menyembah Allah maka Allah hidup selama-lamanya''.... kemudian beliau membacakan ayat al -Quran 3:144. bahawasanya Muhammad hanyalah seorang rasulallah.... 
Mendengar itu lemahlah badan Umar r.a .Tatkala dia sedar Muhammad hanya manusia, seorang rasul yg tentu akhirnya pun akan menghadap Sang Kholiq. Untuk mengambarkan betapa hati kita sebenarnya bermasalah termasuk diri saya sendiri,maka kenang-kenangkanlah sirah ini. Jika kita terlampau mengikut rasa hati,maka kita bukanlah tergolong dari umat Rosulullah s.a.w. Mahu? Itulah dugaannya. Kita tidak akan dapat mencontohi sabarnya para Nabi dan Rosul. Perkara ini sudah acapkali di bahaskan. Ikutilah apa yang termampu. Kalamku hanya menasihat,juga menasihati diri sendiri. Juga menyabarkan pembaca termasuk menyabarkan hati sendiri. Sabarlah duhai hati! Di atas kalimah sabar,nescaya kita akan menuai sesuatu yang indah dan berjaya akhirnya. Insya Allah. Siapa tahu,bukan? 

Apa selepasnya?

Ada masa dan ketikanya manusia akan membenci kita,menduga kita dengan bermacam dugaan. Itu bukan kehendaknya. Bersangka baik itu perlu. Allah jadikan hati insan terpilih  dan di takdirkan untuk memberikan kesakitan kepada jiwa orang lain. Baik qada dan qadarNya,hanya setakat jiwa yang rosak maka baiki semula jiwa dengan meningkatkan ibadat kepada Allah. Terkadang jiwa yang merosak membawa mudarat kepada jasad maka anggaplah ianya satu "pembersihan" kepada diri. Allah swt tidak akan datangkan kesakitan pada jasad melainkan ianya hanya ujian supaya ruh menjadi "bersih" ketika mengadapNya. Teringat kisah seorang Murobbi yang sudah meninggal dunia. Allah datangkan ujian kepadanya. Di berikan Allah ujian melalui manusia dengan tekanan politik sehingga jiwanya menderita  sakit dan kakinya di potong. Di serang serangan jantung dan membawa maut. Manusia mengejek almarhum dengan mengatakan " Belum lagi laksana hudud,kaki dia dah kena "hudud"!". dan sekarang beliau sudah meninggal dunia.Begitu sekali dia sudah meninggal dunia,masih ada suara-suara sumbang berbau maya yang mana Insya Allah, semoga kata-kata yang mengejek  almarhum akan  menjadi tuaian yang baik di akhirat untuk sang murobbi kerana segala usaha almarhum ketika hayatnya sangat di kenali sebagai pejuang islam. Teruskan kehidupan dengan apa yang ada sekarang. Tingkatkan usaha. Percaya kepada ketentuan Allah itu adalah RahsiaNya. Tingkatkan keyakinan dalam diri. Jadilah  insan yang berjaya di dunia dan di akhirat walau apapun kerjaya yang di miliki. Dan jangan sekali-kali berputus asa. Allah tidak memandang pekerjaan dan kelulusanmu. Cukup Dia Memandang apa amal mu padaNya. Teringat kalam seseorang yang saya hormati.." Tidak kisah apa pekerjaannya asalkan tidak menyepak tin di tepian jalan".. Ini diantara ratusan kalam aksara bermotivasi penghibur hati. Sungguh dan tulus. Akan di hadamkan,di jadikan pedoman buat keluarga,anak keturunan. Semoga tulisan ini di bantu dengan hidayah Allah untuk mebersihkan jiwa. Ikhlas. Tidak ada niat di dalam hati untuk mengguris perasaan sesiapa tetapi jika anda terguris juga maka itu bukan kehendak saya. Itu adalah kegagalan diri sendiri mentafsir nasihat.Saya bukan siapa-siapa atau apa-apa.Kun faya kun!

Ada masanya perlu berfikiran positif
Terlampau positif juga tidak baik
Mengorbankan jiwa untuk orang lain kerana agama itu baik
Mengorbankan perasaan sehingga jiwa merana 
Bukanlah dari kalangan ummatnya.
Berkata benar itu tuntutan
Berkata bohong di sebalik benar 
Ianya bukan keperluan bahkan celaru.
Menjadi lurus itu bukan sandaran
Biarlah sederhana
Asal jiwa tenang
Dan jadilah berani!

Kami mengadu kepada Allah kerasnya hati;
Kematian pada setiap kali dan masa dijadikan iktibar
Takkan seorang pun terlepas daripadanya;
Kematian silih berganti pada setiap hari.
Kita terlalu banyak berangan dari menuai hasil
Tapi lupa pada liang lahad yang sudah nyata.
Kita bina istana dan gedung pencakar langit;
Tapi teringat mati pasti kita meninggalkannya

Masih adakah sambungannya?.. Wallahu a'lam..
Kau Yang Memegang Kuasa
Untuk jari ini berbicara
atas perkara benar..
Kerana aku sesungguhnya 
aku akulah aku

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆



Kalam berhenti seketika

Dzikir Dhia @ dzulhaqq

23 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah

11:08 PTG

Mahabbah - Cinta kepada Tuhan serta menjana yakin

Asalamualaikum wbt




Mahabbah

Sering perkataan  ini di gunakan oleh banyak kalam-kalam muslim untuk mengambarkan rasa cinta,rindu,ghairah kepada Sang Pencipta. Bagaimanakah  dari sisi muslim menterjemahkan perasaan ini. Juga dari sisi insan biasa.

Kalam insan biasa menterjemahkan mahabbah sebagaimana biasanya. Melafazkan kata-kata cinta terhadap makhluk antara makhluk. "Aku sayang padamu"..."Aku rindu" dan bermacam signifikan makhluk apabila di landa cinta. Ini sebenarnya adalah normal bagi permulaan hidup seseorang insan yang baru mengenal erti satu perasaan halus. Inilah perasaan yang terkadang menuntut makhluk melakukan sesuatu yang di luar batas normal. Normal bermaksud sederhana. Luar batas normal bermaksud luar dari kesederhanaan. Takrif normal bergantung kepada jiwa yang mengandungi mahabbah. Adakalanya ia boleh di terima oleh makhluk yang lain. Tidak kurang juga yang tidak boleh menerima. Menerima itu normal. Terkadang yang menerima juga tidak normal. Terkadang kasihan,dan ianya juga boleh menjadi mengasihani. Ianya lebih banyak bergantung sekuat mana jiwa penerima "organ" mahabbah. Inilah fitrah manusia apabila menerima mahabbah. Selalunya mahabbah seperti ini tidak berlandaskan syarie. Ianya lebih bersifat nafsu nafsi. Jauhkan diri kita dari mahabbah sebegini. Ini pandangan penulis.Ikhlas.Tidak bersetuju adalah normal juga bersetuju adalah  normal. Perbezaan pendapat itu tanda rahmat.

Kalam muslim pula menterjemahkan mahabbah ( hubb ) sebagai persembahan dan tanda ekspresi diri sendiri kepada satu dzat yang suci iaitu Allah SWT. Ianya biasa di terjemahkan secara bentuk lisan dan jasad. Lisannya ialah menterjemahkan mahabbah kepada Maha Pencipta dengan cara berzikir,mebaca ayat-ayat al quran,berkata sesuatu yang menyenangkan kepada orang lain juga adalah salah satu mahabbah. Manakala secara jasadnya,mahabbah di terjemah dalam bentuk penyembahan yakni solat.. Sama ada fardhu atau sunat. Muslim yang mengerti akan mahabbah pasti menterjemahkan  rindu dan cintanya dengan cara ibadat jasadi. Ibadat secara jasadi bermaksud seluruh tubuh badannya termasuk hatinya dan  dengan gerak tubuh sujud kepada Allah.  Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku Dan Matiku Hanyalah Untuk Allah, Tuhan Semesta Alam. 


Yang menjadi malang apabila penyerahan mahabbah kepada yang Berhak Menerima mahabbah tidak di lakukan dengan tulus. Tulus itu ikhlas. Bagaimana membina tulus atau ikhlas. Fikirkan sejenak bagaimana caranya membina keyakinan.




Inilah aksara yakin

Yakin bermaksud tahap persetujuan hati dalam sesuatu hal. Membina keyakinan,menjananya tidaklah mudah. Ianya memerlukan pengorbanan jiwa,perasaan. Cukup kita memikirkan keyakinan janin yang bermula dari awal kejadian sehingga 9 bulan 10 hari. Bagaimana janin itu mempunyai tahap keyakinan yang tinggi kepada Allah. Hidup selepas bersalin dari rahim ibunya maka itulah ketentuan Allah swt. Ianya tercipta di alam ruh di mana kita sendiri tidak dapat memikirkan dengan fikiran kita sendiri akan alam ruh itu. Hanya kerana  Allah swt meriwayatkan tentang alam ruh dan perjanjian berkenaan rezeki,jodoh, maut dan sebagainya di dalam al-quran yang mulia,maka barulah ada keberanian pada diri manusia untuk menyampaikan kepada yang lain tentang alam ruh. Jika tiada,adakah manusia berani? Berani berfikir hanya menisbahkan manusia kepada binatang ?. Jangan di gunakan teori big bang dan darwin. Beliau sendiri tidak dapat menentukan bilakah tarikh dan waktunya dia akan pergi ke tandas dan saatnya dia boleh mengeluarkan najis tepat pada waktunya.!

Yakin akan hadir hanya dengan Hidayah Allah. Dia Maha Berkehendak pada siapa saja yang di kehendakiNya akan hal hidayah. Hidayah bererti petunjuk. Petunjuk kepada satu jalan yang lurus. Jalan yang lurus juga tidak bererti jika tiada hidayah. Hidayah inilah membina keyakinan. Manusia hanya boleh keluar dari masalah jika Allah Berkehendakkan seseorang itu keluar dari sebarang permasalahan. Mohonlah pada Robbmu,nescaya Dia akan perkenankan. Manusia yang malas berdoa adalah manusia sombong. Jangan marah kerana ini juga adalah pendapat ikhlas.

Sebetulnya.

Jalinkanlah keyakinan mu di antara cinta,rindu dan sebagainya dengan cara yang syar'ie sebagai tiket untuk meraih mahabbah dari Allah atas sebarang urusan manusia. Sayangmu kerana Dia. Cintamu kerana Dia. Ini adalah di antara contoh-contoh kalimah yang baik untuk menunjukkan bahawa mencintai atau menyayangi makhluk yang lain sebaik-baiknya di lapiskan dengan pernyataan-pernyataan untuk mengelakkan diri kita dari tergelincir. Jangan bersedih,jangan risau. Menguruskan mahabbah yang syari'e  dengan cara yang syar'ie,Allah swt sentiasa menjaga hambaNya yang berazam untuk menjadi manusia yang patuh syar'ie. Insya Allah.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆


Kalam berhenti seketika

Dzul Haqq @ Dzikir Dhia
21 Dzul Qa'dah 1434 Hijrah

Pengikut yang tidak taasub